Saturday, November 12, 2011

Entry panjang (!) baik jangan baca :P

Assalamualaikum!

Hello semua , selamat pagi & selamat hari Sabtu :) Heyy jum pergi cari embun pagi-pagi buta nie hehe Orang cakap air embun nie bagus untuk kulit , betul ke ? Kalau betul sekarang jugak pergi bukak pintu keluar panjat pokok cari embun hahaha

Okay pelik --" Apesal happy semacam eh ? Padahal semalaman tak tidur, jap lagi dah kena pergi sekolah ada kelas tambahan . Memang mata pandalah sampai habis SPM nanti ~ Di pagi yang hening ini saya ingin bercerita dan meluahkan keTAKsukaan saya terhadap sesuatu . First of all , saya ingin memohon maaf andai kata ada yang terasa dengan entry saya kali ini . Tak terniat langsung nak cakap pasal sesiapa , it just my opinion . Everybody got chance to give their opinion right ? So , do I :)

Kalau kau nak tahu , aku paling tak suka dengan bahasa kasar . Aku tak suka bila dengar or baca perkataan kasar macam sial , cibai , babi , setan , bodoh dll lagi . Rasa berdesing telinga . Rasa nak kutuk je orang yang sebut perkataan macam tu . Gaya dorang cakap macam takde pape salah dengan perkataan tu . Lagi-lagi yang jenis cakap lepas . Mungkin aku yang agak skema sebab tak biasa dengan perkataan macam tu ? Takpe tak kisah pun skema dengan perkataan kasar , tak rugi :P 

Lagi menambahkan kemeluatan aku bila seorang perempuan sebut perkataan tu . Fuhhh ~ macam nak bagi ceramah free je dekat perempusn tu , sikit-sikit sial sikit-sikit babi atau nama popular dia vavi lah sangat ~ Sangat tak sopan ye girls bila you all sebut perkataan tu . Tak nak fikir pasal kesopanan pun fikirlah pasal orang yang mendengar atau membaca ayat korang tu , lain orang lain sudut pandangan . Tak malu ke pakai tudung lepas tu maki-makiorang dengan perkataan macam tu , mana hilang sifat malu korang tu ? Ayat yang baik pun ada sial kat belakang ayat , inikan ayat yang marah-marah lagi berdouble triple sial korang .

Aku bukan nak bajet baik tapi aku memang tak suka . Aku boleh jadi degil , aku boleh jadi jahat tapi aku tak boleh jadi budak yang akap lepas . Aku rasa setiap butir perkataan yang keluar dari mulut aku senantiasa menggambarkan perilaku dan adab sopan aku . Nak mengakulah , aku sebenarnya dalam kehidupan harian pun jarang guna perkataan ' aku kau ' dengan kawan-kawan perempuan . Aku selalu guna ' kita awak ' , tak kisahlah korang nak cakap aku skema pun yang penting itu adalah aku . Aku tak pernah malu dengan fikiran aku yang agak skema & loading nie :)

Korang nak tahu kenapa aku sangat menjaga tutur kata aku ?
Sebab dulu masa 4 tahun aku pernah kena cili gara-gara sebut perkataan babi :'( Biasalah masa tu gaduh-gaduh sayang dengan abang kakak , mana boleh tahan kan aku sorang dorang dua orang . Sah-sahlah aku kalah , then bila geram semua perkataan laju je nak keluar dari mulut nie menyatakan ketidakpuasan hati aku time tu . Kebetulan time uh mak tengah masak kat dapur , Amek kawwww dia datang bawak cili yang dia tumbuk nak buat belacan terus cili mulut aku hahaha sambil cili tu dia cakap , " Mak tak pernah ajar Iin cakap benda bukan-bukan ! Sape ajar ? mak hantar pergi sekolah belajar bukan belajar cakap benda bukan-bukan ! " Sedap tak terkatalah weyh , terus aku masuk bilik air basuh mulut aku . Tak cukup dengan tu aku kena kurung dalam bilik air sebab mak suruh keluar aku tak nak keluar . haha sampai Ayah balik kerja pun aku tak nak keluar sebab mulut aku pedih lagi . Bila dah keluar kena marah lagi dengan Ayah :'( Padan muka aku , sape ntah ajar aku cakap babi masa 4 tahun -,- Meyh sini tukang ajar tu , aku nak cili mulut dia pulak :D 

Ayah aku lagilah tegas dalam segala percakapan kitorang adik-beradik . Dia tak suka kitorang menyampuk bila orang bercakap , dia tak suka kitorang bising bila orang tengah cakap dalam telefon , dia tak suka kitorang tinggikan suara depan dia walaupun untuk mempertahankan diri , dia tak suka kitorang menjawab . Sebab tu bila dia marah semua diam tekelu lidah , kalau ada yang berani berbunyi pun mak je tu pun setelah Mak fed up dengar Ayah marah-marah and untuk back up kitorang :') Sampai sekarang aku nie jenis suka menjawab kat belakang hahaha sebab tak dapat menjawab depan-depan . Sampai sekarang jugaklah aku jenis pendam perasaan , bila tak boleh tahan kena marah or else baru aku lari masuk bilik nangis sampai lencun kolar baju hehehe bila dah habis nangis pergi depan ermin tengok muka lepas nangis . Rasa macam comel je muka lepas nangis dengan merah-merah mata and hidung dah macam badut . hahaha Dahsyat tak parents aku ? haha sebab kedahsyatan dorang tu la yang menjadikan aku seperti hari ini . Terima kasih , Mak Ayah dah didik Iin sesempurnanya :*

Alamak tersasar jauh dari topik asal . Takpelah tu je aku nak cakap kali nie , sorry kalau ada yang makin terasa . huhu Ini pendapat personal aku . Tak niat langsung nak jatuhkan or malukan sesiapa . 
Peace ^_^v !

Aku hanya keluarkan perkataan macam tu time gila-gila marah , tak percaya tanya Tara and Zai . huhu Korang sorry pasal  kes form 3 tu , ingatkan korang tahu pasal budak form 5 tu :\ huhu
Btw , aku pun ada belajar sial kat sekolah . Ada dalam buku lagi taw , tak percaya jumpa aku and aku tunjukkan sial yang aku belajar dalam subjek Geografi :D Kalau nak tahu jugak , sial tu atas sima . Sial & sima adalah antara lapisan yang terdapat di atas bumi . Kalau nak tahu lebih lanjut , belilah buku geografi tingkatan 4 ye kawan-kawan tak pun pinjam saya punya ;) Mai mai come to my home lepas habis paper Geografi . FOC saya bagi :P

Ingatlah , budi bahasa budaya kita & bahasa mencerminkan peribadi kita :) Berbahasalah sesuai dengan peribadimu .





P/s : Penggunaan kata ganti diri ' aku ' lebih sesuai dalam entry ini :)

Friday, November 11, 2011

11.11.11


Depan kamera berdiri kaku, 
bergambar dengan Ali Baba,
Adrina pergi baca buku,
SPM menjelang tiba.


Nak suruh aku baca buku , bagi aku sandar baik punye cam nie :P hahaha





P/s : Pantun tu sekadar peringatan untuk diri sendiri :)

Monday, November 7, 2011

Pelangi di Waktu Senja (PART 5)

          " Zizah , aku nak bertunang lepas habis belajar nie ... " Ayat pertama yang keluar dari mulut Warina setelah tiba di bawah pondok berbentuk cendawan itu.
          " Kau biar betul , Ina ! Kau serius ? Tak rasa macam cepat sangat ke ? " balas Azizah yang ternyata agak terkejut itu .
          " Betullah , aku dengan Shah dah berbincang pasal nie masa cuti sem hari tu . Cepat apanya , Shah tu umur dah lebih 25 tahun dah ada kerjaya sendiri . Aku nie je yang masih muda remaja hehe ," kata Warina diselangi gurauan .
          " Haha suka hati kaulah Warina . Aku doakan kebahagiaan kau dengan si Shah tu , nanti makan nasi minyak jangan lupa pulak ajak aku ! "
          " InsyaAllah , kalau jodoh panjang . "
          " Amminnn ~ " Azizah membalas pendek .

          Bila kau jauh aku selalu rindu , bila kau ada hatikan berbunga ... Kedengaran bunyi nada dering telefon bimbit Azizah dari dalam kocek baju kurungnya . Azizah segera mengangkat panggilan itu dan secara tak langsung pebualan mereka terhenti . Setelah beberapa ketika Azizah bingkas bangun dan memberi isyarat kepada Warina untuk pergi . Warina mengangguk kepala dan melihat kepergian Azizah melalui ekor matanya .
          Hatinya berbisik , " Mesti Mariam yang call tu ... " . Warina tersenyum kelat dan segara membuang pandangannya ke arah padang lapang yang terbentang luas di hadapannya itu . Jiwanya kosong . Fikirannya melayang mengingati pertemuannya dan Shah ...

          " Ina , tak sangka dah tiga tahun kita kenalkan ? Shah rasa nak akhiri hubungan kita dengan ... " Belum sempat Shah menghabiskan ayatnya Warina mencelah , " Shah nak putus ? " .
          " Bukan macam tu lah Ina , adoiii lain kali tunggu orang habis cakap dulu boleh ? Hahaha maksud Shah kita bertunang . " jelas Shah .
          " Tapi Ina belum habis belajar lagi ... "
          " Tengok tu , lagi sekali dia potong orang cakap . Sayang oii , kita tunggulah Ina habis belajar lepas tu bertunang lepas Ina dapat kerja kita kahwin ! hehe " , kata Shah sambil tersenyum kambing .
          " Nanti Ina bincang dengan Mak Wan dulu eh ? "
          " Mak Wan mesti setuju punya , Ina kan anak kesayangan dia . "
          " Haha pape lah awak ... " kata Warina sambil tersenyum bahagia . Betapa bahagianya dia mendengar kata-kata Shah itu . Sekurang-kuangnya dia tahu Shah serius dalam perhubungan mereka .
       




P/s : Nantikan sambungannya selepas saya habis SPM nanti ! :P

Saturday, November 5, 2011

New ♥

Assalamualaikum :)

Hey this is my new boyfriend . #Just kidding , takkanlah aku suka dekat kucing kott .



 Manja gila :)



 Gigi dia comel !


 Dia suka minum susu soya Drinho . haha 

Mak kita tak bagi bela binatang berbulu sebab ramai adik-beradik kita alah dengan bulu binatang & debu . Kita tak bela dia pun , kita bagi dia makan je . Dia duduk dekat rumah kosong sebelah rumah kita , kalau nak tengok kami dating datanglah sini ;) Kaki dia sebelah tempang , kesian :'|





P/s : Dia belum ada nama , sebab semua nama cadangan saya macam nama untuk kucing betina --'

Friday, November 4, 2011

Just for you ...

Assalamualaikum :)

Hari ini saya buat entry . Tapi khas untuk sayang saya , Tara Asrar :* agak private tapi tak larat pulak nak menaip banyak-banyak sebagai messages , nak call lagilah tak terkata pulak nanti . huhu

So , babe kalau you baca entry nie please text I mintak key tu okay ?


^_^


Wednesday, November 2, 2011

Assalamualaikum :)

Selamat malam burung hantu . Hari ini saya agak happy kott ;) takde stress langsung ! Hahaha nak tahu sebab apa ? Okay , teruskan membaca ... 

Tapi sebelum tu saya nak cerita pasal kemalangan atau nama omputih dia accident . Baru 10 minit tadi ada accident dekat simpang 4 berhampiran rumah saya . Lepas parking kereta tadi tiba-tiba dengar bunyi prettttt grenggrenggreng bushhhhh ! (bunyi enjin moto berlanggar dengan lori) . Bunyi dia tak boleh blah betul --' Actually bunyi dia lain , tak reti den nak translate ke typing language :P 

Rasanya dalam masa sebulan nie dah banyak sangat accident kat simpang 4 tu . Yang pasti lebih 5 (!) Ada motor kena langgar lari dengan teksi , kereta dengan kereta , Myvi dengan Pajero dan banyak lagi . Paling teruk orang yang naik motorlah , rasanya pinggang dia cedera sebab tak boleh bangun dah kena tunggu ambulans datang . Satu lagi kereta Myvi , bumper depan dia remuk beb ! Terbaik ah baru langgar belakang Pajero kott -,- Ishishish nasib baik orangnya tak de pape sangat . Cuma anak aunty tu menjerit-jerit , meraung-raung tengok Mummy dia (maybe Mummy dia cedera sikit) . Saya tengok dari jauh jep , huhu tak kuat semangat weyhhh ~

Sekarang nak bagitahu kenapa saya happy harini :) 
Saya happy sebab tadi lepas balik sekolah kitorang pergi McD ! Yeah tak plan pun , just kacau daun Farhan dengan Sofea hihik Actually dorang nak study Math so saya & Jami join sekali laa sampai pukul 4 . Lagipun dah lama tak makan kat dalam McD . Balik-balik Drive-Thru , sampai abang Drive-Thru tu pun dah bosan tengok muka budak comel nie . Hahaha perasan kejap .

Okay enough for tonight , belum solat Isyak lagi wooo ~ Tata , salam selamat hari Khamis dari saya ;)





P/s : Jangan lupa dengar Misteri Jam 12 !