Saturday, November 12, 2011

Entry panjang (!) baik jangan baca :P

Assalamualaikum!

Hello semua , selamat pagi & selamat hari Sabtu :) Heyy jum pergi cari embun pagi-pagi buta nie hehe Orang cakap air embun nie bagus untuk kulit , betul ke ? Kalau betul sekarang jugak pergi bukak pintu keluar panjat pokok cari embun hahaha

Okay pelik --" Apesal happy semacam eh ? Padahal semalaman tak tidur, jap lagi dah kena pergi sekolah ada kelas tambahan . Memang mata pandalah sampai habis SPM nanti ~ Di pagi yang hening ini saya ingin bercerita dan meluahkan keTAKsukaan saya terhadap sesuatu . First of all , saya ingin memohon maaf andai kata ada yang terasa dengan entry saya kali ini . Tak terniat langsung nak cakap pasal sesiapa , it just my opinion . Everybody got chance to give their opinion right ? So , do I :)

Kalau kau nak tahu , aku paling tak suka dengan bahasa kasar . Aku tak suka bila dengar or baca perkataan kasar macam sial , cibai , babi , setan , bodoh dll lagi . Rasa berdesing telinga . Rasa nak kutuk je orang yang sebut perkataan macam tu . Gaya dorang cakap macam takde pape salah dengan perkataan tu . Lagi-lagi yang jenis cakap lepas . Mungkin aku yang agak skema sebab tak biasa dengan perkataan macam tu ? Takpe tak kisah pun skema dengan perkataan kasar , tak rugi :P 

Lagi menambahkan kemeluatan aku bila seorang perempuan sebut perkataan tu . Fuhhh ~ macam nak bagi ceramah free je dekat perempusn tu , sikit-sikit sial sikit-sikit babi atau nama popular dia vavi lah sangat ~ Sangat tak sopan ye girls bila you all sebut perkataan tu . Tak nak fikir pasal kesopanan pun fikirlah pasal orang yang mendengar atau membaca ayat korang tu , lain orang lain sudut pandangan . Tak malu ke pakai tudung lepas tu maki-makiorang dengan perkataan macam tu , mana hilang sifat malu korang tu ? Ayat yang baik pun ada sial kat belakang ayat , inikan ayat yang marah-marah lagi berdouble triple sial korang .

Aku bukan nak bajet baik tapi aku memang tak suka . Aku boleh jadi degil , aku boleh jadi jahat tapi aku tak boleh jadi budak yang akap lepas . Aku rasa setiap butir perkataan yang keluar dari mulut aku senantiasa menggambarkan perilaku dan adab sopan aku . Nak mengakulah , aku sebenarnya dalam kehidupan harian pun jarang guna perkataan ' aku kau ' dengan kawan-kawan perempuan . Aku selalu guna ' kita awak ' , tak kisahlah korang nak cakap aku skema pun yang penting itu adalah aku . Aku tak pernah malu dengan fikiran aku yang agak skema & loading nie :)

Korang nak tahu kenapa aku sangat menjaga tutur kata aku ?
Sebab dulu masa 4 tahun aku pernah kena cili gara-gara sebut perkataan babi :'( Biasalah masa tu gaduh-gaduh sayang dengan abang kakak , mana boleh tahan kan aku sorang dorang dua orang . Sah-sahlah aku kalah , then bila geram semua perkataan laju je nak keluar dari mulut nie menyatakan ketidakpuasan hati aku time tu . Kebetulan time uh mak tengah masak kat dapur , Amek kawwww dia datang bawak cili yang dia tumbuk nak buat belacan terus cili mulut aku hahaha sambil cili tu dia cakap , " Mak tak pernah ajar Iin cakap benda bukan-bukan ! Sape ajar ? mak hantar pergi sekolah belajar bukan belajar cakap benda bukan-bukan ! " Sedap tak terkatalah weyh , terus aku masuk bilik air basuh mulut aku . Tak cukup dengan tu aku kena kurung dalam bilik air sebab mak suruh keluar aku tak nak keluar . haha sampai Ayah balik kerja pun aku tak nak keluar sebab mulut aku pedih lagi . Bila dah keluar kena marah lagi dengan Ayah :'( Padan muka aku , sape ntah ajar aku cakap babi masa 4 tahun -,- Meyh sini tukang ajar tu , aku nak cili mulut dia pulak :D 

Ayah aku lagilah tegas dalam segala percakapan kitorang adik-beradik . Dia tak suka kitorang menyampuk bila orang bercakap , dia tak suka kitorang bising bila orang tengah cakap dalam telefon , dia tak suka kitorang tinggikan suara depan dia walaupun untuk mempertahankan diri , dia tak suka kitorang menjawab . Sebab tu bila dia marah semua diam tekelu lidah , kalau ada yang berani berbunyi pun mak je tu pun setelah Mak fed up dengar Ayah marah-marah and untuk back up kitorang :') Sampai sekarang aku nie jenis suka menjawab kat belakang hahaha sebab tak dapat menjawab depan-depan . Sampai sekarang jugaklah aku jenis pendam perasaan , bila tak boleh tahan kena marah or else baru aku lari masuk bilik nangis sampai lencun kolar baju hehehe bila dah habis nangis pergi depan ermin tengok muka lepas nangis . Rasa macam comel je muka lepas nangis dengan merah-merah mata and hidung dah macam badut . hahaha Dahsyat tak parents aku ? haha sebab kedahsyatan dorang tu la yang menjadikan aku seperti hari ini . Terima kasih , Mak Ayah dah didik Iin sesempurnanya :*

Alamak tersasar jauh dari topik asal . Takpelah tu je aku nak cakap kali nie , sorry kalau ada yang makin terasa . huhu Ini pendapat personal aku . Tak niat langsung nak jatuhkan or malukan sesiapa . 
Peace ^_^v !

Aku hanya keluarkan perkataan macam tu time gila-gila marah , tak percaya tanya Tara and Zai . huhu Korang sorry pasal  kes form 3 tu , ingatkan korang tahu pasal budak form 5 tu :\ huhu
Btw , aku pun ada belajar sial kat sekolah . Ada dalam buku lagi taw , tak percaya jumpa aku and aku tunjukkan sial yang aku belajar dalam subjek Geografi :D Kalau nak tahu jugak , sial tu atas sima . Sial & sima adalah antara lapisan yang terdapat di atas bumi . Kalau nak tahu lebih lanjut , belilah buku geografi tingkatan 4 ye kawan-kawan tak pun pinjam saya punya ;) Mai mai come to my home lepas habis paper Geografi . FOC saya bagi :P

Ingatlah , budi bahasa budaya kita & bahasa mencerminkan peribadi kita :) Berbahasalah sesuai dengan peribadimu .





P/s : Penggunaan kata ganti diri ' aku ' lebih sesuai dalam entry ini :)

4 comments:

Tara Asrar said...

hakhak..sangat terkejut dengan msg mse form 3 uh :')

Adrina Razali said...

aloloh , sorry sangat . masa tu tengah geram gila , i thought you taw pasal hal tuu :|

Miserable Girl said...

ta taw ok :'(

Adrina Razali said...

hmm sorry again :|