Tuesday, November 13, 2012

Story of 121112

Assalamualaikum :)

          Hai semua! Harini saya sangat bosan & terlebih rajin nak update blog. Hehe. Bukan nak update apa sangatlah kan, just nak cerita pasal trip picnic kitorang je semalam. Sebenarnya dari hujung bulan lepas lagi kitorang dah plan nak keluar sama-sama. And picnic ni pun dicadangkan oleh Ain. Tapi saat-saat akhir dia tak jadi pergi. :'(

          Semalam, pukul 10 pagi lebih sikit saya dah gerak dari rumah. Firstly pergi rumah Mya, amik dia then pergi rumah Mizah pulak. Otw, nak pergi rumah Zalina kitorang plan nak belik KFC sebab makan yang kitorang bawak tu agak sikit *kononnya*. Padahal banyak gilaa, cuma time dalam kereta tak nampak je. Huhu. Then lepas amik Zalina kitorang pergilah KFC 24 jam yang dekat-dekat situ... Time kat KFC tu rasa macam nak maki je! Dahlah takde orang nak amik order kitorang then bila dah ada kitorang tanye menu bucket for family dia cakap promosi tu dah habis. Aiyooo, bukan kitorang nak hadiah promosi tu pongggg -,- Kitorang nak makanan je. At first, redha la jugak. Kira on laa beli ayam sahaja. But bila mintak ayam hot & spicy, dia cakap belum masak. Haihhhh, dahlah tunggu lama tiba-tiba takde. K, memang kitorang tak jadi beli ah. Call Peah and tanya dia kat mana lagi ada KFC. Dia cakap kat Cahaya Masai. Leoas amik dia kat Nusa Damai kitorang pergi KFC tu. Alhamdulillah, adalah jugak :) Beli family bucket + cheezy wedges. Aummmm harum semerbak bau kereta lepas tu :3

          Selepas tu dalam pukul 11.30 gitu kitorang teruskan perjalanan ke Tanjung Balau dengan melalui Highway PG-Desaru tu. k, tu first time saya lalu highway tu. Memang taktahu apa-apa >_< Nasib baik ada dorang semua. Hahaha. Memang kekok sikitlah kan driving kat jalan yang kita tak pernah lalu. Tapi Alhamdulillah selamat sampai walaupun saya salah jalan. Bukan salah apa pun, terguna jalan jauh je. Hehe padahal ada short cut ;) Kitorang sampai sana dalam pukul 12 lebih. Hehehe. Lambat kan? Tapi tu dah laju tau, 120 km/h gitu tapi sebab salah jalan kot sampai lambat...

          Seterusnya bermulalah picnik kami! Cari tempat yang redup tapi indah, hampar tikar, susun makanan yang sangat banyak dan makan :) Lepas makan tu solat Zohor kejap. Masa tengah tunggu-tunggu tu hujan turun, apa lagi lari masuk keretalah kan. Nasib baik dah kemas-kemas makanan semua bila tengok hari nak hujan. Kitorang sambunglah jalan-jalan dekat jeti situ. Amik gambar then buat keputusan pergi balik tempat picnic sebab hujan macam dah berhenti. And yeah, hujan memang dah berhenti kat situ. So, kitorang amik peluang jalan-jalan tepi pantai sambil makan jambu batu and amik gambar. Hahaha. Bila nak naik dari pantai, hujan pun turun lagi... Apa lagi, lepak dalam kereta sambil makan-makanlah! Hehe. Picnic dalam kereta. Nasib baik naik Unser, lapang sikit nak picnic pun... Bila dah puas makan & bahagi-bahagi makanan yang super duper banyak tu kitorang gerak balik. Still lalu highway. Otw balik tu hujan memang lebat gila ah, lagi-lagi time nak ke tol tuh >_< Ya Allah, elakkan je terlepas simpang Masai... Drive pun memang slow and steady je laa sebab jalan licin. Risau! Dan akhirnya bila dah sampai Masai kitorang singgah rumah Ain. Melawat dia :') Hee. Lepas sana sampai pukul 6 lebih and then hantar dorang semua balik dan saya & Ain pun pergilah sambung berjalan ke Tesco. Teman dia beli barang. Bila dah habis shopping & hantar Ain balik saya pun balik rumah. Sampai rumah lebih kurang pukul 8 malam. ^_^

          Korang, thanks for a great day! :) Hope sampai bila-bila pun kita takkan putus kawan. Ain & Tara, sumpah rindu sangat kat korang. Kalau ada rezeki nanti insyaAllah jumpa. Emak Ayah, thanks bagi Iin kepercayaan nak drive & bawak anak orang. Hahaha. Thanks jugak kasi pinjam kereta. :* Hi Adrina, tahniah kerana maju setapak. Hahaha. Next time drive lagi jauh ;)







Pictures of the day, Jom Tengok! :)

Saturday, May 12, 2012

Antara Dua -_-

Assalamualaikum :)

Every choice you make has an end result.
Zig Ziglar -


Quote ini sangat-sangat menghantui saya :'(
Ia membuatkan saya takut untuk membuat keputusan. Keputusan yang akan melibatkan masa depan.
Dua-dua punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. 
Kalau pilih UTHM - Information Tehnology, insyaAllah ia akan mendekatkan saya dengan cita-cita saya & saya pown dah ada basic ICT.
Kalau pilih UiTM - Pengajian Perniagaan (Pengangkutan), insyaAllah peluang kerja terbuka lebar sebab bidang nie sangat luas.

Setiap pilihan mempunyai risikonya yang tersendiri :')
Ada pro, ada contra. 
Kalau pilih UTHM - Information Tehnology, boleh jamin peluang kerja ke? Sebab dah ramai sangat orang dalam bidang nie & peluang berjumpa orang annoying tu bertambah (!)
Kalau pilih UiTM - Pengajian Perniagaan (Pengangkutan), macam mana kalau tiba-tiba tengah belajar tak boleh go on dengan subject kira-kira tu semua? Math saya masa SPM dapat gred B jehhh :'( 

Saya dah cuba buat pilihan tapi susah! Hmm. Saya tamak, saya nak dua-dua.
Saya nak IT. Saya nak belajar dekat UiTM >_<
Kalau tahu susah begini nak buat pilihan dah lama aku masuk form 6.




P/s: Kalau ada tawaran ketiga yang lebih baik mungkin saya pilih yang itu.

The Day We Spent Together ♥

Assalamualaikum :)

Syukur alhamdulillah, dapat jugak jumpa kawan-kawan tersayang selepas sekian lama tak bertemu & berbual mesra :')
Tapikan, tak semua ada. Tara tak dapat datang sebab uruskan hal dia nak sambung belajar *kot.
Mizah tak dapat datang sebab tak dapat cuti.
Ain tak dapat datang sebab dia baru lepas hangout sehari sebelumnya :/

Seperti yang dirancang, Rabu lepas kami pergi Jusco Tebrau City ;)
The five of us, Adrina, Mya, Zalina, Sofea and her boyfriend, Zaime.
Kami tengok movie, lunch & window shopping!
Kami lunch dekat Pizza Hut. Rasanya kitorang selalu sangat pergi Pizza Hut bila hangout. Hahaha. Tempat lepak kitorang mungkin?
Masa makan nie saya banyak berbual dengan Zaime pasal TiJB. Dia juga macam saya, dapat sekolah tu tapi dia tak cabut macam saya. Hee. Macam-macam cerita kitorang bualkan sampai satu part yang membuatkan saya terkejut! :o
Ada sikit pasal ex-bf saya :/ Ini cerita senior junior di asrama gitulah...



Okay, then gerak tengok movie ;) Hee. Kitorang tengon The Avengers!
Nie kali kedua saya tengok cerita nie, yang pertama dekat BP Mall.
Sebenarnya, kawan-kawan saya belum tengok cerita nie. So, takkan nak tengok movie lain sorang-sorang kan? Haha. Cerita nie okay ape...
Overall saya suka tengok cerita nie! Tapi saya lagi suka tengok Captain America ♥

Saya & Mya pelik dengan Zaime. Bhahaha
Kitorang nampak dia tertidur, tapi bila part kelakar dialah ketawa paling kuat! Oh man, kau tidur ke tak sebenarnya? =.=

Lastly, lepas habis movie kitorang window shopping.
Kitorang masuk Toy 'r' Us & Harris je kot? Itu pown sebab Mya nak beli cubic and Zalina nak beli majalah.
Saya? Nak beli hadiah hari ibu tapi mana sempat nak cari sebab dah petang :'(
Dalam Harris tu saya nampak satu benda.
Saya bagi nama dia Putera Katak! Hahaha. Comel gilaaa okay ;)
Saya puteri, so buat apa nak beli putera kan? :p

Dalam pukul 4 lebih kitorang balik rumah~ Hmm
Sedih :'( Tak tahulah bila boleh hang macam nie lagi...

Kawan-kawan, saya sayang kamu selamanya. Jangan lupa saya!
 ♥ ♥ ♥





P/s: Tara, sorry tak dapat jumpa before you pergi KL :'(

Tuesday, April 17, 2012

The Sweetest 18

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, sempat jugak saya merasai nikmat 18 tahun hidup di dunia nie. Makin tua, makin berkurang umur, hope makin bertambah jugaklah amal ibadah :')

Entah kenapa, beberapa tahun nie asyik kena sambut birthday kat tempat orang je. Last year dekat kem Savannah Hill. Tahun nie dekat hostel... Haihhh =_=" 

 Section 4 

Kawan-kawan Section 4, thanks for everything :')
Wishes, birthday party, birthday prank, cake, video, presents and everything you spent for my birthday.
Korang bagi aku tepung, air bercampur-baur and telur! Memang mandi aku malam tu. Haha






Special thanks to Triple A :') 
Girls, you're rock! Korang berjaya buat aku terharu and terkesan dengan birthday celebration tahun nie. Aku hargainya sangat-sangat.


 Emak, Dida, Qila, Lia & Chickin 

Mak, terima kasih datang jauh-jauh dari JB bawak kek, Domino's Pizza, hadiah untuk sambut birthday Iin :')
 Maybe I should spend more time with you all. I just don't know how to handle my sadness when you're in front of me. Actually, I want to cry happily when I saw you came to KKTM just to celebrate my birthday :'D But I didn't cry cause I don't want you to see me crying. I'm happy be with you. I love you :*
Thanks for the cake, pizza, hangout, bag, Corby II and your present :)






♥ E313 

Iqa, Wani & Dila, thanks sebab korang berjaya tipu aku! Iqa, kau memang drama queen. Wani, kau dua kali join mandikan aku dengan tepung! Dila, kau bersekongkol walaupun kau tak tak sampai hati mandikan aku dengan tepung buat kali kedua :)
Korang roommate paling suka tengok aku mandi berkali-kali. Muahhhh sikit utk korang :*

Kawan-kawan lain, terima kasih sudi wish saya sampai tak menang tangan nak bukak text :D 
FB, thanks for the notified them "Today is Nurul Adrina birthday. Send her a wish." Maaf tak dapat reply wall post kat FB, kite tak online laa :( 
Awak yang gedik + degil, you're first walaupun main tipu. Ingat lagi awak pada saya... Thanks wish again and again :) 

Semoga saya mendapat keberkatan pada tahun ini. Saya nak jadi budak 18 tahun yang berjaya dan sentiasa ceria :D





P/s: Saya kekurangan satu hadiah daripada sesorang bernama 'special bf', 
sebab saya single :)

Sunday, March 25, 2012

Karnival Jom Masuk U

Assalamualaikum :)

Semalam 24 Mac, saya bersama-sama sepupu kesayangan gerak ke Persada untuk pergi ke Karnival Jom Masuk U. Almaklumlah, budak lepasan SPM gitu. Hihihi dah masuk U pown nak jugak pergi :p
Kitorang sampai sana dalam pukul 11.30 pagi, okay cukup awal kot. Tapi bila sampai sana je tengok-tengok full gila (!) Dari atas sampai bawah macam dalam tin sardin cap Persada. hahaha. 

Memang tak dapat dinafikan time tu la masa terbaik nak jumpa kawan lama, kitorang jumpa ramai budak yang pernah satu sekolah dulu :) 
Actually, nak cakap saya jumpa ramai budak TiJB. Agak terharu bertambah gembira bila dorang yang tegur saya dulu :') Alolo, ingat lagi korang kat budak yang cabut sekolah teknik nie kan? Hihi. Jumpa Fazira jugak tapi sekejap je... Sedih gila time Fazira nak balik, sebab kitorang sempat cakap sekejap je. Sebelum jumpa Fazira kitorang sebenarnya gerak pergi CS dulu. Haihhh tak sanggup nak tunggu lama-lama kat Persada tu.

Ingatkan bila datang sana senanglah nak isi UPU tapi rasanya lepas pergi tanya satu-persatu U yang saya layak sambung belajar makin susah nak buat pilihan =_=" 

Ikut kelayakan, saya boleh buat Asasi, Diploma & STPM. Tapi pilihan utama saya semestinya bidang Bahasa atau IT sahaja...
Kalau nak express amik Asasi Bahasa Inggeris, UIAM nanti ada peluang pergi oversea ;)
 Kalau nak relax amik Diploma Bahasa Inggeris, UPSI atau Diploma ICT, UTeM. 
Tapi kalau nak ikut betul-betul minat amik STPM aliran Kemanusiaan, boleh sambung bidang Bahasa & Kesusasteraan :) 
Kalau nak sambung UTHM pown boleh :D Buat betul-betul dekat Persediaan Diploma then amik Diploma IT. Untung sikit, sebab Diploma kat situ 2 tahun setengah je. hehehe

Nampak tak permainan dia? Banyak sangat pilihan sampai saya tak tahu nak isi UPU tu :| 
Jauh dalam lubuk hati saya nak sambung belajar Bahasa & Sastera di Indonesia (sebab kat Malaysia takde ditawarkan!) tapi memandangkan result pown cukup-cukup makan je tak tahulah macam mana :'( Okay sedih! 





P/s: Saya taknak sambung Persediaan Diploma! Nak rehat sebentar sebelum Diploma, please~

Saturday, January 21, 2012

My Babes

Assalamualaikum :)

I miss my babes. I miss to hang with them again. Thanks for January 6, 2012. Hihik I love you all and hope that we will befriend until our last breath! InsyaAllah ^_^

Latest hang out story :) 

Pizzahut :)

Me and Zalina :)

Bukit layang-layang :)


.Mya.Tara.Ainn.Zalina.Mizah.Sofea.





P/s: They could never be replaced (!)