Sunday, March 25, 2012

Karnival Jom Masuk U

Assalamualaikum :)

Semalam 24 Mac, saya bersama-sama sepupu kesayangan gerak ke Persada untuk pergi ke Karnival Jom Masuk U. Almaklumlah, budak lepasan SPM gitu. Hihihi dah masuk U pown nak jugak pergi :p
Kitorang sampai sana dalam pukul 11.30 pagi, okay cukup awal kot. Tapi bila sampai sana je tengok-tengok full gila (!) Dari atas sampai bawah macam dalam tin sardin cap Persada. hahaha. 

Memang tak dapat dinafikan time tu la masa terbaik nak jumpa kawan lama, kitorang jumpa ramai budak yang pernah satu sekolah dulu :) 
Actually, nak cakap saya jumpa ramai budak TiJB. Agak terharu bertambah gembira bila dorang yang tegur saya dulu :') Alolo, ingat lagi korang kat budak yang cabut sekolah teknik nie kan? Hihi. Jumpa Fazira jugak tapi sekejap je... Sedih gila time Fazira nak balik, sebab kitorang sempat cakap sekejap je. Sebelum jumpa Fazira kitorang sebenarnya gerak pergi CS dulu. Haihhh tak sanggup nak tunggu lama-lama kat Persada tu.

Ingatkan bila datang sana senanglah nak isi UPU tapi rasanya lepas pergi tanya satu-persatu U yang saya layak sambung belajar makin susah nak buat pilihan =_=" 

Ikut kelayakan, saya boleh buat Asasi, Diploma & STPM. Tapi pilihan utama saya semestinya bidang Bahasa atau IT sahaja...
Kalau nak express amik Asasi Bahasa Inggeris, UIAM nanti ada peluang pergi oversea ;)
 Kalau nak relax amik Diploma Bahasa Inggeris, UPSI atau Diploma ICT, UTeM. 
Tapi kalau nak ikut betul-betul minat amik STPM aliran Kemanusiaan, boleh sambung bidang Bahasa & Kesusasteraan :) 
Kalau nak sambung UTHM pown boleh :D Buat betul-betul dekat Persediaan Diploma then amik Diploma IT. Untung sikit, sebab Diploma kat situ 2 tahun setengah je. hehehe

Nampak tak permainan dia? Banyak sangat pilihan sampai saya tak tahu nak isi UPU tu :| 
Jauh dalam lubuk hati saya nak sambung belajar Bahasa & Sastera di Indonesia (sebab kat Malaysia takde ditawarkan!) tapi memandangkan result pown cukup-cukup makan je tak tahulah macam mana :'( Okay sedih! 





P/s: Saya taknak sambung Persediaan Diploma! Nak rehat sebentar sebelum Diploma, please~

2 comments:

Khairunnisa Farhanah said...

persada sesak gila kan?hahaha..buat pilihan terbaik dear :) semoga berjaya dalam hidup :)

Adrina Razali said...

Yup, memang full gilooo :o
hehe thanks niesa :) you too.