Saturday, May 12, 2012

Antara Dua -_-

Assalamualaikum :)

Every choice you make has an end result.
Zig Ziglar -


Quote ini sangat-sangat menghantui saya :'(
Ia membuatkan saya takut untuk membuat keputusan. Keputusan yang akan melibatkan masa depan.
Dua-dua punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. 
Kalau pilih UTHM - Information Tehnology, insyaAllah ia akan mendekatkan saya dengan cita-cita saya & saya pown dah ada basic ICT.
Kalau pilih UiTM - Pengajian Perniagaan (Pengangkutan), insyaAllah peluang kerja terbuka lebar sebab bidang nie sangat luas.

Setiap pilihan mempunyai risikonya yang tersendiri :')
Ada pro, ada contra. 
Kalau pilih UTHM - Information Tehnology, boleh jamin peluang kerja ke? Sebab dah ramai sangat orang dalam bidang nie & peluang berjumpa orang annoying tu bertambah (!)
Kalau pilih UiTM - Pengajian Perniagaan (Pengangkutan), macam mana kalau tiba-tiba tengah belajar tak boleh go on dengan subject kira-kira tu semua? Math saya masa SPM dapat gred B jehhh :'( 

Saya dah cuba buat pilihan tapi susah! Hmm. Saya tamak, saya nak dua-dua.
Saya nak IT. Saya nak belajar dekat UiTM >_<
Kalau tahu susah begini nak buat pilihan dah lama aku masuk form 6.




P/s: Kalau ada tawaran ketiga yang lebih baik mungkin saya pilih yang itu.

No comments: