Sunday, December 15, 2013

-

Assalamualaikum ^_^

And here I am. Again. Typing an unplanned update.

          Seminggu je lagi sebelum study week. Hmm. Minggu-minggu terakhir ni sumpah busy mengalahkan pm. Waktu cam ni la nak plun projek akhir, nak pulun presentation and study last minute semestinya! Mostly student semua macam ni jugak kan? Hihi

           Ni cek nak habaq mai sikit. Sobonarnya cek ade buat surat resmi satu dua tiga empat minggu yang lalu. Surat mintak jatuh (drop) subjek SISPA III. Hmm hmm... Panjang kisahnya, banyak sebabnya tapi sampai sekarang cek taktau permohonan cek tu diluluskan ke idok... Yo laa, dah masuk minggu ke-10 baru nak drop memang 'senang' sangat prosesnya~ Mati aku kalau tak diterima, confirm fail subjek tu sebab kelas, latihan, kem semua dah pulun tak datang! Sob sob sobsss...

             By the way, minggu ni kitorang ada 6 presentation. Yes, kitorang. Sebab semua subjek sem ni project(s) by group. Alhamdulillah. Banyak sangat kawan-kawan tolong utk projek sem ni. Boleh kira pakai jari part mana je aku tolong. Rasa serba salah sangat dengan dorang sebab masa dorang sibuk buat tu I was at home. I've tried to stay here but demam panas tu memaksa balik rumah. Bayangkan cuti since Khamis petang, dah plan taknak balik kononnya nak siapkan projek tapi sebab I am too cengeng gembeng and whatsoever, boleh g meraung Jumaat malam tu nak balik rumah tapi my Mom tak kasi drive sebab dah malam katanya. So, terpaksalah tunggu Along datang esoknya amik bawak balik adik dia ni. Typical me, susah nak demam but bila demam memang menyusahkan orang je kot >_<"


Seem like I need to continue my power point presentation slides. Till meet again ya. InsyaAllah. 





Meeting you is a fate 
but leaving you is an option.

Monday, September 2, 2013

--

Assalamualaikum...

         Malam semakin tua, menuju ke fasa 2/3 malam mungkin. Namun tangan dan mata ini semakin ligat berfungsi. Tak lagi menatap ipad mahupun handphone, bealih arah kepada laptop yang sekian lama tersadai dalam tangan orang lain. Rindu. Hmm rindu pada sang laptop, rindu nak menaip di ruangan diari terbuka ini. Atau sebenarnya mungkin lebih kepada kesunyian, takde siapa nak mendengar celoteh mulut becok nie tu yang kembali mencoret kisah sendiri... :)

          2 minggu berlalu... 2 minggu yang penuh dengan kesibukan menguruskan perjalanan Perhimpunan Kor SISPA Kebangsaan namun sentiasa diisi dengan telatah dan keceriaan 3 orang gadis sebaya. Hilang penat muncul kegembiraan. Iya, kadang-kadang kita perlu hidup dengan orang yang gila-gila yang boleh buat kita lupa sekejap dgn masalah.

Berkat kesungguhan makcik dua orang tu akhirnya kaki ini kemabali ke UTHM. Tebalkan muka join ajk. Mula-mula ditempatkan dalam ajk penyelaras program, kemudian ke LO vvip, kemudian kembali ke pangkal jalan ditempatkan dalam ajk protokol dan jemputan atas sebab-sebab tertentu... At the very first week memang best, ajk protokol belum mula bekerja. Hari-hari kerja bangun lambat lepas tu amik hantar kengkawan g training & meeting je. Siap boleh menyibuk dlm aktiviti dorang. Tapi saat-saat akhir bermulalah kesibukan tahap pa perdana menteri! Keluar pagi balik maghrib, sambung lagi keluar isyak balik malam buta. :(
Siang hari sibuk call para jemputan utk confirmation kehadiran, tang malam sibuk mengemas seating tagging protokol bagi para jemputan. Urghh, tired much. Kerja 10 orang dibuat oleh 4 orang. Gila tak gila, mmg tak cukup tenaga kerja... Tapi bila majlis dah bermula kurang beban sebab kerja kitorang just sebagai pengiring serta penyambut vvip bagi majlis makan malam, majlis penutup & majlis watikah. First time babe, iringi NC apa semua. Pengalaman baru terlibat dengan protokol! Sempat jumpa kawan baru, tetamu baru. ahaha ^^

Paling best bila UTHM diumumkan sebagai JOHAN PERHIMPUNAN KOR SISPA KEBANGSAAN KALI KE-4!!! Tahniah team explorace dan civil defence kerana berjaya menjadi johan jugak ;) 




















p/s: I was waiting for you to arrive at UTHM. But unfortunately, we weren't still meant to meet each other. Your name not in the list of unimap's participants aite? :)





❤ Endless Love ❤

Sunday, July 21, 2013

Part time job

Assalamualaikum ^^

          Hai hai! Pejam celik, pejam celik dah nak masuk dua bulan cuti semester. Tinggal lagi sebulan lebih je sebelum masuk sem baru. Macam-macam benda dipelajari masa cuti sem nie... Kalau nak cerita mmg berjela-jela la jawabnye... Hihik

          By the way, nak bagitau nie yg kita cuti nie buat part time dkt meknonel. Dapat kerja secara tak sengaja je sebenarnya...  Kerja tak sampai sebulan pown lagi. SubhanaAllah, penat bekerja tu tak boleh nak ceritalah kan. Seriously, baik belajar drpd kerja. Belajar kita enjoy je, nak belajar boleh taknak pown terpulang.tapi bila dah kerja dah terikat tu mmg nak taknak kena kerja jugaklah kecuali kalau dah sakit. Mmg tak dapat den nak nolong~ tapi kita kerja macam dah tak lama je lagi sbb nanti pertengahan bulan 8 nak cuti panjanggggggg! Nak pergi perhimpunan kor sispa dkt uthm xD pastu naik cuti sekejap pastu sambung belAjar balik.... Jeles sebenarnya kawan-kawan semua dah nak sambung degree bulan 9 nanti. :(

Sebenarnya kita rindu Doraemon Duckface kitaaaa ;(





P/s: rindu sayang-sayang saya jugak! 



Sunday, May 26, 2013

Longest Sem Break! :3

Assalamualaikum :)

          Yeay hoorey hoorey!! At last dapat jugak holiday daripada study since masuk sem 2 November lalu... 

Ya Allah, kau berikanlah Nurul Adrina dan rakan-rakannya keputusan yang cemerlang dalam  mereka... Aamiin

          Result sem 2 dah lama keluar... Sadis! pointer jatuh tapi still 3.++ laa. Sem 2 mmg banyak tekanan sikit kot, suasana belajar tak best pown mungkin... huhu. Barang dah lepas jangan dikenang Adrina sayang :') Penat okengg study non-stop, lagi-lagi bila ada short sem. Fyi, kitorang takde cuti langsung di antara sem 2 dengan 3 tu... :'( and now, guess what? UTHM baik hati bagi kitorang 'cuti panjang'. Yeah, sangat panjang atau mungkin terlebih panjang. Hahaha malas nak taip panjang lebar, so kalau korang rajin baca notis bawah nie ;)

          K, sebenarnya kalau takde notis nie kitorang cuti kejap jek. Dalam 2 minggu gitu, dari lepas habis final exam sem 3 sampai 9 Jun sahaja. So sekarang nie tgh pertimbangkan sama ada nak kerja ke tak cuti nie... Kalau ikut Ayah dia kata takyah kerja, kalau ikut sendiri nak jugak cari pengalaman kerja dalam bidang sendiri. Macam kerja dekat kedai komputer or so on... At least dapatlah belajar sikit-sikit pasal laptop sbb kita nie nama je student IT tapi boleh kategori buta sebelah mata pasal Komputer 🙈

          Tapi macam susah je nak kerja macam tu, sebab kat area Masai nie mana la ada sangat kedai-kedai komputer. Nak banyak yang ada dekat Danga City Mall tuh, memang digital centre la tuh. Huhu Just wait and see je la, yang penting tak kebosanan duduk rumah semata. :)

Btw, kita tak sabar nak bercuti & shopping nanti! InshaAllah. Doakan keselamatan pergi dan balik kami yaa. ^_^


Balik bercuti bersama-sama barang asrama. Reput tulang mengangkat haritu...

Tuesday, February 12, 2013


Hey you! 
Yeah, it's you...
I miss you. Everything's keep remembering me of you.
The way we used to talk, the way we used to  fight  for something unimportant and the way we used to spend time together. 




Sincerely me, 
your far away Doraemon :')