Monday, September 2, 2013

--

Assalamualaikum...

         Malam semakin tua, menuju ke fasa 2/3 malam mungkin. Namun tangan dan mata ini semakin ligat berfungsi. Tak lagi menatap ipad mahupun handphone, bealih arah kepada laptop yang sekian lama tersadai dalam tangan orang lain. Rindu. Hmm rindu pada sang laptop, rindu nak menaip di ruangan diari terbuka ini. Atau sebenarnya mungkin lebih kepada kesunyian, takde siapa nak mendengar celoteh mulut becok nie tu yang kembali mencoret kisah sendiri... :)

          2 minggu berlalu... 2 minggu yang penuh dengan kesibukan menguruskan perjalanan Perhimpunan Kor SISPA Kebangsaan namun sentiasa diisi dengan telatah dan keceriaan 3 orang gadis sebaya. Hilang penat muncul kegembiraan. Iya, kadang-kadang kita perlu hidup dengan orang yang gila-gila yang boleh buat kita lupa sekejap dgn masalah.

Berkat kesungguhan makcik dua orang tu akhirnya kaki ini kemabali ke UTHM. Tebalkan muka join ajk. Mula-mula ditempatkan dalam ajk penyelaras program, kemudian ke LO vvip, kemudian kembali ke pangkal jalan ditempatkan dalam ajk protokol dan jemputan atas sebab-sebab tertentu... At the very first week memang best, ajk protokol belum mula bekerja. Hari-hari kerja bangun lambat lepas tu amik hantar kengkawan g training & meeting je. Siap boleh menyibuk dlm aktiviti dorang. Tapi saat-saat akhir bermulalah kesibukan tahap pa perdana menteri! Keluar pagi balik maghrib, sambung lagi keluar isyak balik malam buta. :(
Siang hari sibuk call para jemputan utk confirmation kehadiran, tang malam sibuk mengemas seating tagging protokol bagi para jemputan. Urghh, tired much. Kerja 10 orang dibuat oleh 4 orang. Gila tak gila, mmg tak cukup tenaga kerja... Tapi bila majlis dah bermula kurang beban sebab kerja kitorang just sebagai pengiring serta penyambut vvip bagi majlis makan malam, majlis penutup & majlis watikah. First time babe, iringi NC apa semua. Pengalaman baru terlibat dengan protokol! Sempat jumpa kawan baru, tetamu baru. ahaha ^^

Paling best bila UTHM diumumkan sebagai JOHAN PERHIMPUNAN KOR SISPA KEBANGSAAN KALI KE-4!!! Tahniah team explorace dan civil defence kerana berjaya menjadi johan jugak ;) 




















p/s: I was waiting for you to arrive at UTHM. But unfortunately, we weren't still meant to meet each other. Your name not in the list of unimap's participants aite? :)





❤ Endless Love ❤