Wednesday, December 24, 2014



Missing you girls.
Kata nak vacation lepas habis LI tapi kenapa korang xturun Johor nanti? :(

Thursday, October 23, 2014

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, akhirnya bebas dari denggi. 
Tangan pon dah lebam-lebam kesan amik darah hari-hari, harini last amik darah sebab platelet darah dah naik mendadak! Dari 105 ke 191. Darah pon dah mula cair semula. Syukur alhamdulillah, kalau tak warded la jawabnya. :(

8 hari menghadapi denggi ni tersangatlah memenatkan. Mana taknya, selera makan hilang, badan sakit sendi, muntah, cirit birit, mmg total lost energy. Kena pulak masa awal-awal denggi tu diiringi dgn demam panas & lelah... 2 kali pergi klinik kena nebulizer. Kira nasib tak berapa nak baik la, sebab sebelum2 ni lelah tak teruk sgt. Last sedut gas dkt klinik pon masa kecik-kecik duduk atas riba ayah lagi. Hahaha

Sebenarnya nak kata denggi ni hilang senang2 tak jugak, dah banyak petua org lama-lama kitorang cuba. Paling worst part pucuk betik, kena paksa minum air rebusan tapi belum sampai tekak dah keluar segala isi perut. Hahaha sumpah tak sedap! Kalau korang ada sedara mara yang kena denggi pls jgn paksa dorang minum sbb rasanya kalau korang kena pon mesti tak sanggup nak minum. :S
So rasanya sbb Maggi Ketam boleh naik balik platelet darah tu. Nak cari sup ketam susah sikit, kebetulan dekat Hosp. Penawar Pasir Gudang tu ada jual maggi ketam 

Tuesday, September 30, 2014

Internship ;)

Assalamualaikum ^_^

Short update to tell that i am super duper busy with my internship. 

Hari-hari duk pikir esok nak pakai baju apa. 
Setiap pagi duk berdoa agar penyelia, kerani, bos semua tak moody tak marah-marah tak bagi task merepek meraban...
Hahaha




Still new with the environment but it's getting better day by day. 
Wish I can finish my internship successfully. Aamiin~

Monday, September 1, 2014

Trip to Langkawi with Friends

Assalamualaikum Pembuka Cerita, hihi...

Memandangkan malam ni aku tak boleh tido, jadi aku nak cerita pengalaman aku masa holiday dgn kawan2 dulu. Holiday ni dah lama tapi sebab ni satu kenangan manis dgn dorang aku nak update jugak kat sini. Taknak baca sudah! Muahahahaha

Okay, ceritanya masa sebelum birthday aku tu kitorang pergi bercuti 3 hari 2 malam dekattttttttttttt Pulau Langkawi!!! Idea ni dtg dari dorang sebenarnya bukan dari aku. Kiranya aku ni mak turut je. And ni pon last minutes baru confirm nak pergi... hihi

Transportation
JB-KL Sentral (Along hantar naik kereta)
KL-Alor Setar (train, overnight)
Alor Setar-Jeti (Mak & Akak Pikah hantarkan)
Jeti-Pulau Langkawi (Feri)
Sepanjang dekat Pulau kitorang sewa kereta Myvi RM60/hari
Alor Setar-Shah Alam (naik bas, overnight)
Shah Alam-JB (balik dengan Along jugak)

Hari Pertama
Bila sampai Langkawi kitorang sewa kereta & drive terus ke Pantai Cenang untuk cari penginapan sebab masa tu dah masuk pukul 2.30 petang. Penat aku drive tp xde langsung tempat dorang berkenan sbb dorang nak yang dekat dgn pantai. Last2 aku berhenti kat tepi suruh dorang walk in satu2 penginapan kat situ. Aku dgn Pikah tunggu kat kereta. Hahahaha. Lepas tu sorang akak tu approached aku dgn Pikah, dia promote penginapan dia, Cenang Rest House. Lepas survey kitorang setuju sbb kebetulan ada bilik dgn 2 katil double. Ngam untuk kami berlima. Hee

Petang tu pergi makan dekat Breakfast Cafe then jalan kaki sepanjang jalan tu. Banyak kedai jual souvenir kat situ. Shopping time! Hahaha. Balik bilik dah dekat pukul 10 lepas solat pergi mandi pantai sampai pukul 11 lebih ;)

Hari Kedua
Hari berjalan! Disebabkan belum sarapan & tak tahu bape lama akan amik masa berjalan kitorang singgah The Zon, pergi Mcd dlm tu tapau makanan. Hehehe. Pastu straight pergi Kereta Kabel. Opss lupa nak bgtau yang kitorang 100% berpandukan Waze masa kat sana :D
Lama jugak masa driving pergi sana, sampai pon dah lambat tapi sempat aje naik Cable Car & jalan2 siap makan kat situ. Lepas tu  pergi Makam Mahsuri ke Telega Mahsuri, tak ingat sbb kitorang xsempat masuk pon... Sampai2 baru tutup! :(
Tak berputus asa kitorang pergi Pantai pasir Hitam, solat kat situ sekejap. Lepas tu ke Tanjung Rhu, pon sedih jugak xdapat masukkk... Yg ni lawak sikit ceritanya. Guard bangla kat situ approached kitorang dekat kereta depan pagar masuk Tg Rhu tu then cakap, "Sikarang pukul berapa?" Innocentnya aku g jawab, "Eh, dah dekat pukul 7 laa... Xboleh masuk ke??" "Ini tempat sudah tutup, datang besok ok?" Hahahaha mana kami tau sichhh. Sebenarnya nak pergi Gunung Raya tapi tak tahu jalan.

Dengan membawa hati yang patah, kitorang jalan sampai satu tempat. Pantai jugak tapi tak tahu kat mana, lepak2 amik gambar and tengok sunsent lepas tu balik.... Otw balik ada jumpa satu pasar malam, so singgah jugak sebab masa tu sibuk nak cari pam minyak tapi xjumpa! hehehe. Beli makanan sikit sbb dah penat plus lapar & tak tau bila nak jumpa pam minyak. Dah penat pusing kitorang beranikan diri tanya kat orang baru la jumpa pam minyak! Fuhh selamat.

Nasib tak menyebelahi kitorang malam tu, masa otw balik rest house kereta buat masalah betul2 tepi jalan lapangan terbang Langkawi yang sunyi gilaaa tu! Takboleh tekan pedal minyak. Tapi cuba2 boleh jugak lepas bape minit. Alhamdulillah, sambung jalan balik sampailah ke Jalan Pantai Cenang tu kereta buat hal lagi! Hahaha kali ni boleh dia mati tengah2 jalan padahal lagi 300 meter je nak sampai Cenang rest House tu... Tak tahu nak buat ape kitorang hidupkan hazard lamp tapi still org hon2 :'( Dah tak tahan kitorang berlima keluar & mintak tolong satu abg ni jaga lalulintas sementara alih kereta kat parking lot . Aiyoo, penat menunggu abg yang sewakan kereta tu datang tukar kereta sampaikan cucuk2 yang kitorang beli kat pasar pon dah habis dia xsampai2 lagi... Lepas tu baru boleh balik rest house. Balik makan2 then pergi pantai lagi! Hahahaha kali ni pergi jauh sikit and pergi main kulit kerang buat kenangan kat pasir pantai gitu ^_^

Hari Ketiga
Bangun awal2 pagi semata sebab dah plan nak mandi pantai utk kali terakhir sebelum check out :/
Kali ni Ayu xjoin sebab dia nak sambung tido, hahaha. Penat kitorang pujuk tapi xmenjadi. At the end lepas takut mandi sbb ada obor2 kitorang main water sport. Tapi satu jak... Yg banana boat tu, tu pon lepas pujuk abe2 tu dia bagi la murah sikit sebab kitorang berempat je, patotnya harga kira satu boat (5-6 org)  tapi ni kira kepala je la.. Macam rugi sikit sbb kitorang xbagi abg tu jatuhkan boat tu sbb takun & xreti berenang hahaha. Tapi puas hati gak la, dapat round laut tu. hihi ada ke patut abg tu tanya aku, "Dik, spect xnak bukak? Ke mmg nak pakai rayban naik boat?" Hahahaha sengal. Ni bukan rayban tapi mmg spect rabun, just bila kena matahari changed to dark spect. 
Dah puas kat pantai kitorang balik bilik & kemas2 untuk check out :( Masa ni dah busy cek online tiket balik naik train tapi semua habisss. Masa nak check out tu ada 1 group pengkid bersama gf masing2 nak check in. Nengok org macam nak makan je tapi pastu baru tau yg dia bakal check in bilik kitorang. Tau pon sebab masa nak gerak tu aku terperasan handphone xde, tertinggal dlm bilik. Bila nak pergi mintak kunci akak tu yang bagitau. Nasib dorang xcheck in lagikkkkk. 

Pastu drive ke Kuah semula. Beli tiket feri, then jalan2 cari cekelat. Kitorang beli kat Haji Ismail Group, harga sama je sebenarnya dgn kedai2 dlm Jeti tu... Then pergi makan tengahari. Cukup masa pergi pulang kereta sewa & tunggu ketibaan feri kat sana. Actually masa balik tu abg feri tu nak ajak kitorang naik atas feri tu, tengok laut. Ended up xdpt tengok sbb ada la gedik2 org lain sibuk nak ikut. Jadi ramai sgt yg nak naik. Huh! Sampai Alor Setar sebelum Maghrib tapi kitorang terus ke Shahab beli tiket bas, saja amik last bas sebab xnak sampai Shah Alam awal pagi buta. Jadi sementara tunggu pukul 12.30 pg kitorang stay kat situ, xnak susahkan mak pikah kalau balik umah dia. Linda pon dah balik penang pukul 7 tu. Kitorang lepak kat merrybrown malam tu. Bila bas sampai aku dengan Winny naik bas ke Shah Alam & Ayu naik bas ke Seremban.

Esok paginya kitorang selamat sampai ke destinasi tapi lepas terlepas stesen! Hahaha
Kisahnya aku dengan Winny dua2 xtau mana satu tempat bas akan berhenti kat Shah Alam tu. Yang aku tahu terminal bas tu kat Seksyen 17, tu pon lepas google. Sebenarnya kitorang tertido, tapi xlena sgt jadi dkt setiap terminal yg bas berhenti aku terbangun. Tapi kat Shah Alam tu aku macam xtau betul tak tu tempat dia. Cuba tanya kat org dlm bas tu tapi dia pon diam je. Hampeh. Tapi kat satu simpang tu aku nampak signboard Sekolah Seksyen 17! Terkejut gila aku terus pergi kat driver tu tanya next terminal. Dia kata kat Kajang. Hahahaha aku terus cakap "Cik sebenarnya kitorang nak berhenti kt Shah ALam. Tapi xtau yg tadi tu Shah Alam" Hahahaha nasib la driver tu baik hati tlg berhenti gak kat simpang masuk Seksyen 18. Kitorang terpaksa angkut barang yg banyak gila tu jalan kaki patah balik kat terminal. Serius kelakar sbb masa tu org sibuk pergi sekolah, pergi kerja mesti pelik tengok kitorang. Nak buat lagu mana lagi kan? Tunggu Along amik kitorang then pergi rumah sewa dia jap lepas tu balik JB. Hantar Winny kat rumah pakcik dia & balik rumah~ Esoknya sambut birthday. :D

Nah, belanja gambar kitorang sikit ;)




























 






Friday, April 18, 2014

10 April :)

Assalamualaikum :)

Holla everybody. Lebih seminggu berlalu baru rasa macam nak update pasal my birthday. Well, this is what happen when I get lazy. Try to make it short sebab battery laptop ni dah sangat low & plug tak boleh guna nak charge pon kan...

So, kebetulan masa my birthday tu cuti mid sem seminggu. I treat myself satu percutian untuk merelaks-kan badan dan minda. Okay yang tu next time ceghitaaa ok? :)
9 April tu dah balik rumah dari percutian tu then i dapat hadiah yang i dah agaks gitu. hihi. Sebab patutnya kalau sempat hadiah tu dah boleh angkut pergi bercuti sekali. My only sister tu tahun ni dia laburkan duit dia untuk beli sebijik dslr for me! Ya Allah gembira tak terkata k... Mana tak nya sebab dah 3 tahun berturut dia bagi hadiah yang besar2 nilainya... I got a Nikon D3100 from my sis and kebetulan jugak sebelum tu my spect pecah, so my parent sponsor a new spect for me then ada la juga hadiah sampingan :)

As celebration pulak, Ayah ajak makan seafood tapi no cake sebab dari awal dah habaq kat Emak yang taknak kek. Kalau nak bagi jugak biar homemade tak pon celebrate dgn pulut kuning ja. Tapi nak dijadikan cerita lepas naik cuti tu dapat jugak kek from my rumet. Hihi. K that's all for now battery nak kiong dah... :*

Monday, January 20, 2014

Assalamualaikum 

Benarlah kata si pujangga rindu. Bila kita mula sibukkan diri, lagi mudah untuk kita lupakan kenangan lalu.

Pada 18 Januari yg lepas aku berjaya membuat aku lupa ingatan terhadap tarikh hari tersebut. Big thanks to kanak-kanak yang nakal sehingga aku lebih sibuk membebel atas kenakalan mereka daripada terkenang masa silam. Sebab kenakalan dorang jugak aku mencari jalan ketenangan dengan pergi ke Country Garden. Lupa langsung kat 18 Januari!

You were somebody important in my life. But always be the persons I care about. 
Take care dear far away person :)


Genight fantasy world 😘