Thursday, October 23, 2014

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, akhirnya bebas dari denggi. 
Tangan pon dah lebam-lebam kesan amik darah hari-hari, harini last amik darah sebab platelet darah dah naik mendadak! Dari 105 ke 191. Darah pon dah mula cair semula. Syukur alhamdulillah, kalau tak warded la jawabnya. :(

8 hari menghadapi denggi ni tersangatlah memenatkan. Mana taknya, selera makan hilang, badan sakit sendi, muntah, cirit birit, mmg total lost energy. Kena pulak masa awal-awal denggi tu diiringi dgn demam panas & lelah... 2 kali pergi klinik kena nebulizer. Kira nasib tak berapa nak baik la, sebab sebelum2 ni lelah tak teruk sgt. Last sedut gas dkt klinik pon masa kecik-kecik duduk atas riba ayah lagi. Hahaha

Sebenarnya nak kata denggi ni hilang senang2 tak jugak, dah banyak petua org lama-lama kitorang cuba. Paling worst part pucuk betik, kena paksa minum air rebusan tapi belum sampai tekak dah keluar segala isi perut. Hahaha sumpah tak sedap! Kalau korang ada sedara mara yang kena denggi pls jgn paksa dorang minum sbb rasanya kalau korang kena pon mesti tak sanggup nak minum. :S
So rasanya sbb Maggi Ketam boleh naik balik platelet darah tu. Nak cari sup ketam susah sikit, kebetulan dekat Hosp. Penawar Pasir Gudang tu ada jual maggi ketam 

No comments: