Thursday, February 12, 2015

Penantian Berakhir--

Assalamualaikum :)

Harini result rasmi untuk intake degree February dah keluar. 
Teringat balik saat-saat nak mohon. Masa tu aku konon-kononnya nak hantar borang sendiri dekat PPA. Padahal boleh je bagi soft copy dkt kawan-kawan yang LI kat UTHM...
Aku buat kerja boleh kata last minute gak la. Print borang, isi borang dan buat pengesahan. Kena pulak time tu aku taktahu nak sahkan kat mana sebab rumah ketua kampung aku nun jauh kat pedalaman (hahahaha yang ni tak tipu!) Rumah dia mmg kena lalu hutan! Nak mintak pengesahan dari bos Ayah macam tak sesuai pulak, Jadi pilihan yang ade kena pergi PPD je la.
Aku pergi PPD dgn Emak. Tapi macam kekok sikit la sebab jarang berurusan dgn dorang. At first okay, aku tunggu giliran kat kaunter pastu g unit yang diarahkan. Kat situ jumpa kerani tanya nak mintak pengesahan, dia pon terangkan dan suruh jumpa satu lagi orang. Sebelum habis urusan dengan kerani tu aku dah cakap "terima kasih, cik". Pastu blah g jumpa pegawai, cerita-cerita dia pon dah cop aku pon ucaplah "terima kasih" jugak sebelum keluar pintu. Masa kat luar akak kerani tu keluar g tegur, 

"Ooo tak cakap terima kasih pun kan?"
Ermm aku kan.. kalau benda aku buat mesti cepat, yakin dgn pantas je aku jawab,
"Eh, saya dah cakap la tadi sebelum jumpa Cik Pegawai tu"
Pastu kerani tu jawab,
"Oh ye ke?" Seraya dia masuk dalam balik.......
Masa tu aku tengok Emak, Emak tengok aku balik. hahahaha. Tapi mmg benganglah sbb aku ucap k. Aku mmg jarang sgt tak ucap ayat tu kalau berurusan dgn manusia. :( 

Paling menyedihkan masa hantar borang.... Aku pergi dengan Aliah hari terakhir hantar borang tu. Dah sampai broooo dekat PPA dalam UTHM tu. Pastu aku pergi seat belakang, nak amik fail utk hantar. 
Masa tu yang aku jumpa hanyalah fail sijil-sijil original! Segala bagai borang pengesahan boran opsyen salinan sijil semua takde!!!! :'( Ya Allah, masa tu perasaan aku tuhan je tau. Nak luluh jantung dari Masai sampai UTHM aku tak sedar aku tertinggal fail penting. Aku tarik nafas laju-laju pastu keluar dari UTHM... Aku pergi kedai printing kat Parit Raja. Aku photostat sijil-sijil aku print balik borang opsyen aku isi borang tu balik. Pastu aku pergi Kolej Bandar UTHM cari lecturer. Semuaaaaa takde. Mungkin rezeki, masa dah nak gerak tu aku nampak PA aku kat kereta, Cepat-cepat aku keluar balik jumpa dia. Tanya dia boleh sahkan tak, aku cerita la ape jadi.. Dia tanya aku stay mana, bila aku cakap JB dia terus mintak borang tu semua utk sign dgn cop. Syukur sangat masa tu.
Balik UTHM, Pergi PPA amik nombor giliran then hantar. Makan balik jb semula~

Jadi harini result keluar selepas beberapa bulan menunggu. Alhamdulillah, tapi aku tak buat penerimaan tawaran pun lagi sbb hati aku berbelah bagi... 15 Februari pon dah dekat sgt. Hmm :'(


Moga-moga malam ni aku dapat petunjuk nak sambung belajar ke tak.. Amiin~





Monday, February 9, 2015

Counting.......

Assalamualaikum...

Current mood: Berdebor-debor nak luluh jantung hati limpa

Tanggal 10 Feb 2015 tak pasti jam 10 pagi atau 2 ptg akan jadi penentu sama ada aku masih bergelar siswi atau tak. Kalau jadi siswi lagi biarlah sebagai siswi ijazah sarjana muda, tapi kalau tak biarlah jadi pemegang diploma. Maksudnya gua taknak ade repeat paper sebab result sem 6 & 7 belum keluar so insecure takut tersangkut kat memana 😫

Penah terlintas taknak sambung ijazah sbb takut dgn cabaran yg bakal dihadapi. Hmm tapi tipulah tak berharap nak dapat kemasukan ijazah bln 2 ni. Ye la dah penat2 tunggu result dkt sebulan duduk rumah tak buat ape-ape mestilah ade letak harapan nak sambung degree.... Tapi kalau dah takdir takde rezeki utk intake Feb ni nak buat camne kena siapkan resume la pasni. :)

Aku dgn rakan2 seperjuangan masa diploma dah buat keputusan. Kalau bln 2 tak dapat mmg kitorang tak nak sambung uthm lagi dah... PJJ atau u lain. Nak merajuk dgn uthm sbb dah buat org menunggu lepas tu taknak bagi masuk degree awal. Hahahaha

So, pada sape yang terbaca entry random ni, nak mohon tolong doakan me and my girlfriendsssss dapat intake degree on Feb. Jadi takde la jadi penanam anggur lama lama! Thanks :*