Sunday, April 12, 2015

Officially twenty-one :)

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... Sedar tak sedar dah 21 tahun dipinjamkan nyawa dekat dunia ini, macam-macam nikmat dah dikecapi. Semoga tahun kehadapannya makin banyak kebaikan dan kejayaan berjaya dikecapi. Semestinya jugak makin banyaklah dugaan mendatang... :)

Jadi tahun ni rasanya banyak peristiwa yang bakal dihadapi. Yang pastinya konvokesyen diploma! insyaAllah bulan Oktober ni. Walaupun result tak segempak mana tapi masih layak lagi unuk menggenggam skrol diploma tu. hihi tak sabarnye!!
Tahun ni jugak dah sambung degree. Alhamdulillah, tak sangka aku antara 30 org yang berjaya menempah tempat ke program Bachelor in IT utk kemasukan Februari haritu. Dan paling best, kesemua kami berlima dapat sambung belajar sama-sama jugak... ;)

 Dan yang terbaru aku dapat temuduga SPA. Yang ni tak sangka sangat-sangat... Sebab mohon masa praktikal haritu sbb risau takde kerja, ni tup-tup dapat masa dah sambung belajar. Ujian online dah lulus, lepas ni temuduga pulak. Harapnya takde aral melintang masa tu sbb teringin jugak nak ada pengalaman temuduga SPA kalau takde rezeki pon nanti hehehe 

Btw, i'm on midterm break! Tadaaaa! :D
No more teen in my age ;(

No comments: