Thursday, April 23, 2015

#tb



Sungguh. Aku rindu.

Rindu pada kenangan part time dekat Mcd.
Lagi-lagi bila dorang selalu tanya aku bila nak lepak sesama lagi.
Kat mcd plentong masa tu memang majoriti krew lelaki. Memang tak boleh nak elak la kan sebab crew trainer aku pon lelaki, Remy.
Lepas tu paling suka sakat aku masa first week nama dia Kiman. Ahaha, sakat saja mmg takde istilah cinlok kat sana atas sebab- "Krew tidak dibenarkan mempunyai sebarang hubungan .... dengan krew, atau pengurus" - Tapi ada je yang ada!
Makhluk paling annoying, aku rasa Helmy. Crew trainer jugak masa mula-mula aku masuk kerja, lepas tu naik jadi pengurus. Masa jadi pengurus lagi annoying. Paling tak ngam dengan dia kot.
Aku kat sana kiranya tak tua dan tak berapa nak muda sangat la. Masa tu 19, bawah aku ade Arab, Jebat, Kecik dengan Yani. Yani masuk selepas aku. Kecik pulak sama hari dengan aku, sebab dia shif pagi aku shif petang first day tu jadi dia kena mula dari lobi. Sedangkan aku masuk-masuk terus kawasan kaunter. Hihik ;)
Crew trainer paling baik bagi aku, Panjang. Dia yang ajar aku sebelum pergi kursus tu, dia pon banyak tolong aku masa mula-mula masuk kaunter sbb shift aku dengan Remy selalu tak sama.
Masa aku masuk tu sebenarnya aku sorang je full time crew perempuan. Kak Atin, Kak Ayu dengan Kak Azie part time je.
Krew lain yang lagi tua dari aku, Nohat, Wan Rabun, Amin dgn Azrul. Haa, kat sini ade sepasang kembar! Azizi dengan Azizan, haa dua ni sampai hujung kerja aku tak dapat bezakan dua-dua. Hahaha tapi aku rasa ade sorang yg macam baik sikit tp lagi sorang tu macam err tah la tak tau nak kata.. Tapi perangai je la kadang-kadang annoying sikit, dorang ni ada Diploma PIS dan perangai senonoh sikit dari yg lain tu muahahaha

Aku pernah jaga kaunter, kiosk dessert, kiosk dessert utama, lobi dgn kadang-kadang ade la jugak dorang ajar aku ape yang patut dekat kitchen tu mcm masak bubur dengan ayam goreng.
Sebab kerja sekejap je jadi kitchen aku masuk bila aku nak buat 'break' aku dengan sekadar suka-suka je.
Tu masa mula-mula dengan akhir-akhir je la sbb masa tengah-tengah tu kitorang buat hal jadi manager sangat marah dengan kitorang semua sampai urghhh (tak boleh pecah rahsia) :p

Kerja paling gila aku pernah buat bila aku join semua krew ponteng!
Dorang yg hasut aku sebab katanya kalau aku datang nanti aku sorang je kerja hukhuk
Masa hari ponteng tu la aku keluar dengan dorang. Pergi Daiman Bowl, Jusco Tebrau dengan malam tu g meeting tergempar bersama managerssss sebab tindakan kitorang ponteng beramai-ramai sampai takde pekerja.
Paling lawak dorang kata manager kena jaga kaunter, kitchen dgn semuanya HAHAHAHA!!
Start tu la aku selalu gak ikut dorang berjalan lepas kerja. Berbuka sama, shopping raya.
Banyak lagi benda nak cerita tapi malas nak taip. Simpan dlm hati, minda je la...
How i missed it :'(

Sampai sekarang baju ni ade lagi kat rumah. Huhu



I got it from Remy. Hahaha patut la dia suruh balik lambat malam tu rupanya ade sesi pembahagian teddy bear. Dia ni pun ade lagi sampai sekarang dkt rumah ^_^


They are kinda good friends, hope to reunite again :)



No comments: