Wednesday, May 13, 2015

Sesuatu yang berbeza...

Assalamualaikum :)

Kali ni terasa macam nak share sesuatu. Sesuatu yang buat aku sendiri rasa terpukul...
Aku bukanlah budak baik sebaik malaikat, tapi aku bersyukur sebab aku sedar sebelum terlambat. Tak jugak kata sekarang aku dah baik, tapi aku yang sekarang mungkin lebih elok dari yang dulu. Perangai pon senonoh sikit dari zaman budak-budak dulu. Ye la dulu tahu nak enjoy je kan... :)

Aku ada sorang kawan non-muslim. (not to mention the religion)
Kawan aku ni memang majoriti berkawan dengan kawan melayu-islam. Kawan sebilik dia pon orang islam.
Aku pulak jenis tak kisah berkawan dengan siapa, sebab dari zaman sekolah rendah pon mmg aku berkawan dengan non-muslim. Dekat Johor ni ramai dari Sabah, Sarawak, jiran pon Cina dan India.
Dan kawan aku ni pon bukan jenis memilih. Dia okay je bila berkawan dengan orang Islam, orang pakai tudung walaupun dia sorang antara kami yang lain pegangan agama.

Sepanjang aku berkawan dengan dia, tak pernah nampak dia ikut mana-mana upacara keagamaan dia... (bila balik rumah tak tahu la)
Jadi sepanjang berkawan dia memang selalu ikut kami ke mana-mana. Dia tak pernah mengeluh kalau kami singgah solat bila tengah-tengah berjalan, dia ikut je. Kadang-kadang kami yang rasa kesian sebab dia terpaksa ikut dan tunggu.
Maaf, mungkin ada yang terkejut kalau aku kata kami pernah/selalu bawak dia masuk bilik-bilik surau dekat universiti ni. Sini mmg banyak bilik solat yang tak ramai orang pada masa-masa tertentu... Kami cuma mengajak, tak paksa pon. Tu pon bila bukan waktu puncan solat dan bila takde orang lain dalam bilik tu sebab tahu nanti ada yang tak selesa sebab batas aurat dengan non-muslim kan seperti dengan bukan muhrim. Ada masa dia ikut, ada masa dia lagi selesa duduk kat tempat menunggu yang lain.
Boleh dikatakan dia ni dah tahu serba sedikit budaya orang Islam dan hukum hakam ajaran Islam.

Sampailah beberapa hari lepas aku terkejut bila dapat tahu dia 'double tap' satu video di ig - video anak Rita Rudaini mengaji.
Perkara tu normal kalau dia memang kaki 'double tap'.. Tapi bila tengok Post You've Liked dalam ig dia cuma ada 3 posts dia like. Dan dia juga bukanlah baru buat ig, sejak tahun lepas lagi.
Aku tengok dengan izin okay, sebab masa tu kami nak tengok balik video yang dia liked.
Bila tengok video orang mengaji tu mula rasa pelik sebab dia like, berdasarkan kapsyen mungkin aku boleh katakan dia suka dengar bacaan surah tersebut.
So aku let it go je la sebab memang tak dinafikan ayat-ayat suci Al-Quran tu memang halwa telinga yang paling indah.

Tapi harini aku terkejut sebab dia tiba-tiba tunjuk aku satu gambar....




Mula-mula aku tengok, aku terkejut. Tak sangka dia akan tunjuk aku gambar tu.
Dia kata, "Edd, tengok ni..."
Aku kata, "Aik.. Mana dapat ni? Huhuu"
Masa tu terkedu jugak sebab aku sendiri kadang-kadang amik ringan pasal pakaian, jadi tak tau nak jelaskan ape kat dia... :|

SubhanaAllah masa tu aku rasa macam dia dekat sangat dengan Islam.
Aku harap dia akan dapat hidayah jika memang takdir dia untuk mengenal dan mendalami Islam :')




P/s: Sebenarnya tadi aku tengah buat aktiviti dekat openlearning.com
Tapi sebab line lembab load video, jadi aku datang ke sini...
Kebetulan esok pon takde kelas. 
Hihi selamat malam ;)

No comments: