Wednesday, June 29, 2011

Pelangi Di Waktu Senja (PART 3)

          Hari demi hari silih berganti , akhirnya masa yang ditunggukan tiba . Cuti semester . Warina tidak sabar ingin pulang ke Johor Bahru untuk menemui Ibunya dan pujaan hati , Shahrul Fikri . Dia pulang ke Johor Bahru bersama-sama Tahira , rakan sekelasnya semenjak dari sekolah menengah . 
          Perjalanan yang mengambil masa berjam-jam sangat menggusarkan hatinya . Betapa dia merindui ibunya itu . Warina bukanlah berasal dari keluarga berada , dia hanyalah seorang anak yatim yang tinggal bersama-sama ibunya , Mak Wan . Mak Wan hanyalah seorang penenun kain songket dan hidup mereka ala kadar sahaja . Namun itu tidak menjadi penghalang baginya mencapai kejayaan , dia pernah ditawarkan belajar di Mesir selepas tamat STPM untuk menjadi ustazah tetapi tidak semudah itu baginya untuk meninggalkan ibunya keseorangan . Lantaran itu , dia hanya melanjutkan pelajaran di UiTM yang kosnya jauh lebih murah . Dia percaya di mana ada kemahuan , di situ ada jalan . InshaAllah jika dia belajar bersungguh-sungguh segala cita-citanya boleh dicapai dengan mudah .
           "Warina , bangun dah sampai JB nie . Kau nak tidur dalam kereta sampai bila ?"
           Warina tersedar dari tidurnya . Tidak sedar sudah sampai ke Johor Bahru . Dia segera mengambil beg dari bonet dan mengucapkan terima kasih kepada Tahira kerana sudi menumpangkannya pulang . Dia segera mengorak langkah menuju ke pintu utama rumah , salam diberikan dan beberapa minit kemudian keluar seorang wanita tua bersama segaris senyuman kebahagiaan . Warina cepat-cepat menyalami ibunya dan mereka berpelukan .
          "Ibu , Warina dah balik . Ibu sihat ?" soal Warina .
          "Ibu sihat-sihat begini sajalah . Biasalah orang tua . Dah jum kita masuk , ibu dah masak nasi dagang kegemaran kamu ", balas ibunya lembut sambil mengusap-usap kepala Warina .






p/s : Maaf jika lambat menyambung cerpen ini . I'm too busy lately .

Wednesday, June 22, 2011

Pelangi di Waktu Senja (PART 2)

          Warina segera membelek sampul surat itu , betapa dia tidak sabar untuk membaca isi kandungannya . Namun dia lagi tidak sabar untuk bertemu dengan si pengirim warkah berwarna biru itu . Hampir tiga tahun mereka menjalin perhubungan jarak jauh , seorang di Melaka seorang di Sabah . Tuntutan pelajaran dan pekerjaan memaksa mereka berjauhan namun masing-masing tetap setia , jujur dalam hubungan suci itu . Warina membuka warkah tersebut dengan berhati-hati dan cermat , tidak mahu mengoyakkannya kerana sudah terbiasa baginya menyimpan semua kenangan mereka di dalam kotak kecil berwarna merah jambu . Kotak itulah yang menjadi temannya di kala kesunyian ... Perlahan-lahan dia membaca sepatah demi sepatah ayat yang tertulis di dalam surat itu .

Warina ,
          Bertemu kembali kita di atas sehelai kertas kajang ini . Warina di sana apa khabar ? Shah harap Warina sihat-sihat hendaknya . Sudah hampir 6 bulan Shah tidak ketemu Warina dan Mak Wan . Shah harap kalian berdua sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT dari segala bala bencana .
          Shah masih seperti dulu , seorang guru yang merantau . Tiada yang istimewa di sini kerana cinta Shah tertinggal di Johor #hahaha Warina , pertengahan tahun nanti Shah akan pulang ke Johor dan Shah harap ketika itu pun Warina sedang bercuti semester agar dapat kita berjumpa seperti dahulu . Tak sabar rasanya ingin menghitung hari untuk pulang ke sana , Shah harap nanti Mak Wan tidak kisah Shah menginap di sana selama beberapa hari ...
          Sekian saja warkah Shah kali ini , jika ada masa lapang kita berutus surat lagi . Jaga diri di tempat orang dan belajar rajin-rajin nanti cepat kahwin #hehehe



Salam sayang ,
Shahrul Fikri


          Tenang hatinya setelah membaca warkah itu . Teringat saat-saat pertemuan mereka dahulu , ketika itu Shah bersama 2 orang rakannya menyewa di rumah ibunya . Shah , Amir dan Khairul adalah pelajar lepasan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim . Shah mengambil TESL begitu juga dua orang rakannya . Tetapi setelah tamat pengajiannya di sana dia telah dihantar bertugas mengajar di Sabah Neger di Bawah Bayu . Walaupun Shah menyewa di rumah ibunya , mereka tidak selalu berjumpa kerana Warina ialah seorang pelajar UiTM Melaka dan sangat jarang pulang ke Johor . Jika berkesempatan untuk berjumpa pun mereka hanya berjumpa di rumah , nama pun duduk satu bumbung tapi berlainan lantai . Khai dan Amir juga sudah mengetahui perhubungan mereka . Shah ialah seorang lelaki yang memahami , happy go lucky dan kecil molek . Setiap orang yang berdampingan dengannya pasti tidak akan kering gusi dengan lawak-lawaknya , tak mustahillah Warina boleh menyukainya sedangkan sepanjang 20 tahun dia tidak pernah berhubungan erat dengan mana-mana lelaki .

Tuesday, June 21, 2011

Pelangi di Waktu Senja (PART 1)

Sedang mengonlinekan diri , terbit perasaan ingin menulis cerpen . Saya akan terus menulis sehingga idea kering , maaf jika cerpen ini tiada penghujung seperti yang diharapkan . Pelangi di Waktu Senja bermaksud kebahagiaan yang muncul setelah seharian melalui hari yang panas terik , hujan & redup . Saya masih muda dalam bidang penulisan , segala salah silap dari segi bahasa mohon tunjuk ajar :) Terima kasih , enjoy my story .


_______________________________________________________________________________

          Toktoktok ! Bertalu-talu bunyi ketukan pintu . Warina yang baru tamat solat Isyak segera menuju ke pintu dan membuka pintu . Kelihatan Azizah dengan senyuman penuh makna . " Apasal lambat sangat kau buka pintu ? Penat tahu tak aku ketuk macam nak pecah pintu nie , " marah Azizah diikuti ketawa kecilnya . " Aku solat lah tadi , yang kau tak ada angin tak ada ribut kenapa tiba-tiba datang bilik aku ? Perang besar dengan Mariam ke ... " balas Warina sambil memerli Azizah yang sudah dikenalinya semenjak pertama kali datang ke UiTM Melaka tersebut . " Merepeklah kau , aku baru balik dari Guard Post nie ada surat untuk kau dari orang jauh hahaha Kau nak tak surat nie ? Ke nak suruh aku tolong bacakan ? " sambil mengipas-ngipaskan surat itu di depan Warina . Cepat-cepat Warina merampas surat itu dari tangan Azizah dengan senyuman simpul terukir manis di bibirnya . " Wee~ thanks Zie ! Lain kali tolong jadi posmen aku lagi ea . Weyy , aku dengar suara Mariam jerit panggil nama kau tu . Dah-dah pergi balik bilik kau Hahaha " . " Eleh kau , habis sepah madu dibuangkan . Merajuklah macam nie , tak nak bagi aku baca surat tu sekali ke ? Cepatlah buka , please ... " desak Azizah . " Dah-dah jangan mengada-ngada , nanti esok aku teman kau belajar dekat library eh ? Sekarang kau pergi balik bilik , mandi , solat apa semua , " pujuk Warina agar Azizah segera meninggalkan biliknya . Dia sudah tidak sabar untuk membaa isi kandungan surat itu . Azizah akur dan segera meninggalkannya sendirian .


Akan bersambung ...






p/s : Cerpen ini adalah ciptaan terpelihara Adrina Razali , tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau mati .

Teh Beng Punya Pasal

Source: Google Image Hai, I'm back! Kali ni nak cerita pengalaman masa balik kampung raya haji lepas. Kiranya ni balik kampun...