Tuesday, November 13, 2012

Story of 121112

Assalamualaikum :)

          Hai semua! Harini saya sangat bosan & terlebih rajin nak update blog. Hehe. Bukan nak update apa sangatlah kan, just nak cerita pasal trip picnic kitorang je semalam. Sebenarnya dari hujung bulan lepas lagi kitorang dah plan nak keluar sama-sama. And picnic ni pun dicadangkan oleh Ain. Tapi saat-saat akhir dia tak jadi pergi. :'(

          Semalam, pukul 10 pagi lebih sikit saya dah gerak dari rumah. Firstly pergi rumah Mya, amik dia then pergi rumah Mizah pulak. Otw, nak pergi rumah Zalina kitorang plan nak belik KFC sebab makan yang kitorang bawak tu agak sikit *kononnya*. Padahal banyak gilaa, cuma time dalam kereta tak nampak je. Huhu. Then lepas amik Zalina kitorang pergilah KFC 24 jam yang dekat-dekat situ... Time kat KFC tu rasa macam nak maki je! Dahlah takde orang nak amik order kitorang then bila dah ada kitorang tanye menu bucket for family dia cakap promosi tu dah habis. Aiyooo, bukan kitorang nak hadiah promosi tu pongggg -,- Kitorang nak makanan je. At first, redha la jugak. Kira on laa beli ayam sahaja. But bila mintak ayam hot & spicy, dia cakap belum masak. Haihhhh, dahlah tunggu lama tiba-tiba takde. K, memang kitorang tak jadi beli ah. Call Peah and tanya dia kat mana lagi ada KFC. Dia cakap kat Cahaya Masai. Leoas amik dia kat Nusa Damai kitorang pergi KFC tu. Alhamdulillah, adalah jugak :) Beli family bucket + cheezy wedges. Aummmm harum semerbak bau kereta lepas tu :3

          Selepas tu dalam pukul 11.30 gitu kitorang teruskan perjalanan ke Tanjung Balau dengan melalui Highway PG-Desaru tu. k, tu first time saya lalu highway tu. Memang taktahu apa-apa >_< Nasib baik ada dorang semua. Hahaha. Memang kekok sikitlah kan driving kat jalan yang kita tak pernah lalu. Tapi Alhamdulillah selamat sampai walaupun saya salah jalan. Bukan salah apa pun, terguna jalan jauh je. Hehe padahal ada short cut ;) Kitorang sampai sana dalam pukul 12 lebih. Hehehe. Lambat kan? Tapi tu dah laju tau, 120 km/h gitu tapi sebab salah jalan kot sampai lambat...

          Seterusnya bermulalah picnik kami! Cari tempat yang redup tapi indah, hampar tikar, susun makanan yang sangat banyak dan makan :) Lepas makan tu solat Zohor kejap. Masa tengah tunggu-tunggu tu hujan turun, apa lagi lari masuk keretalah kan. Nasib baik dah kemas-kemas makanan semua bila tengok hari nak hujan. Kitorang sambunglah jalan-jalan dekat jeti situ. Amik gambar then buat keputusan pergi balik tempat picnic sebab hujan macam dah berhenti. And yeah, hujan memang dah berhenti kat situ. So, kitorang amik peluang jalan-jalan tepi pantai sambil makan jambu batu and amik gambar. Hahaha. Bila nak naik dari pantai, hujan pun turun lagi... Apa lagi, lepak dalam kereta sambil makan-makanlah! Hehe. Picnic dalam kereta. Nasib baik naik Unser, lapang sikit nak picnic pun... Bila dah puas makan & bahagi-bahagi makanan yang super duper banyak tu kitorang gerak balik. Still lalu highway. Otw balik tu hujan memang lebat gila ah, lagi-lagi time nak ke tol tuh >_< Ya Allah, elakkan je terlepas simpang Masai... Drive pun memang slow and steady je laa sebab jalan licin. Risau! Dan akhirnya bila dah sampai Masai kitorang singgah rumah Ain. Melawat dia :') Hee. Lepas sana sampai pukul 6 lebih and then hantar dorang semua balik dan saya & Ain pun pergilah sambung berjalan ke Tesco. Teman dia beli barang. Bila dah habis shopping & hantar Ain balik saya pun balik rumah. Sampai rumah lebih kurang pukul 8 malam. ^_^

          Korang, thanks for a great day! :) Hope sampai bila-bila pun kita takkan putus kawan. Ain & Tara, sumpah rindu sangat kat korang. Kalau ada rezeki nanti insyaAllah jumpa. Emak Ayah, thanks bagi Iin kepercayaan nak drive & bawak anak orang. Hahaha. Thanks jugak kasi pinjam kereta. :* Hi Adrina, tahniah kerana maju setapak. Hahaha. Next time drive lagi jauh ;)







Pictures of the day, Jom Tengok! :)