Saturday, November 12, 2011

Entry panjang (!) baik jangan baca :P

Assalamualaikum!

Hello semua , selamat pagi & selamat hari Sabtu :) Heyy jum pergi cari embun pagi-pagi buta nie hehe Orang cakap air embun nie bagus untuk kulit , betul ke ? Kalau betul sekarang jugak pergi bukak pintu keluar panjat pokok cari embun hahaha

Okay pelik --" Apesal happy semacam eh ? Padahal semalaman tak tidur, jap lagi dah kena pergi sekolah ada kelas tambahan . Memang mata pandalah sampai habis SPM nanti ~ Di pagi yang hening ini saya ingin bercerita dan meluahkan keTAKsukaan saya terhadap sesuatu . First of all , saya ingin memohon maaf andai kata ada yang terasa dengan entry saya kali ini . Tak terniat langsung nak cakap pasal sesiapa , it just my opinion . Everybody got chance to give their opinion right ? So , do I :)

Kalau kau nak tahu , aku paling tak suka dengan bahasa kasar . Aku tak suka bila dengar or baca perkataan kasar macam sial , cibai , babi , setan , bodoh dll lagi . Rasa berdesing telinga . Rasa nak kutuk je orang yang sebut perkataan macam tu . Gaya dorang cakap macam takde pape salah dengan perkataan tu . Lagi-lagi yang jenis cakap lepas . Mungkin aku yang agak skema sebab tak biasa dengan perkataan macam tu ? Takpe tak kisah pun skema dengan perkataan kasar , tak rugi :P 

Lagi menambahkan kemeluatan aku bila seorang perempuan sebut perkataan tu . Fuhhh ~ macam nak bagi ceramah free je dekat perempusn tu , sikit-sikit sial sikit-sikit babi atau nama popular dia vavi lah sangat ~ Sangat tak sopan ye girls bila you all sebut perkataan tu . Tak nak fikir pasal kesopanan pun fikirlah pasal orang yang mendengar atau membaca ayat korang tu , lain orang lain sudut pandangan . Tak malu ke pakai tudung lepas tu maki-makiorang dengan perkataan macam tu , mana hilang sifat malu korang tu ? Ayat yang baik pun ada sial kat belakang ayat , inikan ayat yang marah-marah lagi berdouble triple sial korang .

Aku bukan nak bajet baik tapi aku memang tak suka . Aku boleh jadi degil , aku boleh jadi jahat tapi aku tak boleh jadi budak yang akap lepas . Aku rasa setiap butir perkataan yang keluar dari mulut aku senantiasa menggambarkan perilaku dan adab sopan aku . Nak mengakulah , aku sebenarnya dalam kehidupan harian pun jarang guna perkataan ' aku kau ' dengan kawan-kawan perempuan . Aku selalu guna ' kita awak ' , tak kisahlah korang nak cakap aku skema pun yang penting itu adalah aku . Aku tak pernah malu dengan fikiran aku yang agak skema & loading nie :)

Korang nak tahu kenapa aku sangat menjaga tutur kata aku ?
Sebab dulu masa 4 tahun aku pernah kena cili gara-gara sebut perkataan babi :'( Biasalah masa tu gaduh-gaduh sayang dengan abang kakak , mana boleh tahan kan aku sorang dorang dua orang . Sah-sahlah aku kalah , then bila geram semua perkataan laju je nak keluar dari mulut nie menyatakan ketidakpuasan hati aku time tu . Kebetulan time uh mak tengah masak kat dapur , Amek kawwww dia datang bawak cili yang dia tumbuk nak buat belacan terus cili mulut aku hahaha sambil cili tu dia cakap , " Mak tak pernah ajar Iin cakap benda bukan-bukan ! Sape ajar ? mak hantar pergi sekolah belajar bukan belajar cakap benda bukan-bukan ! " Sedap tak terkatalah weyh , terus aku masuk bilik air basuh mulut aku . Tak cukup dengan tu aku kena kurung dalam bilik air sebab mak suruh keluar aku tak nak keluar . haha sampai Ayah balik kerja pun aku tak nak keluar sebab mulut aku pedih lagi . Bila dah keluar kena marah lagi dengan Ayah :'( Padan muka aku , sape ntah ajar aku cakap babi masa 4 tahun -,- Meyh sini tukang ajar tu , aku nak cili mulut dia pulak :D 

Ayah aku lagilah tegas dalam segala percakapan kitorang adik-beradik . Dia tak suka kitorang menyampuk bila orang bercakap , dia tak suka kitorang bising bila orang tengah cakap dalam telefon , dia tak suka kitorang tinggikan suara depan dia walaupun untuk mempertahankan diri , dia tak suka kitorang menjawab . Sebab tu bila dia marah semua diam tekelu lidah , kalau ada yang berani berbunyi pun mak je tu pun setelah Mak fed up dengar Ayah marah-marah and untuk back up kitorang :') Sampai sekarang aku nie jenis suka menjawab kat belakang hahaha sebab tak dapat menjawab depan-depan . Sampai sekarang jugaklah aku jenis pendam perasaan , bila tak boleh tahan kena marah or else baru aku lari masuk bilik nangis sampai lencun kolar baju hehehe bila dah habis nangis pergi depan ermin tengok muka lepas nangis . Rasa macam comel je muka lepas nangis dengan merah-merah mata and hidung dah macam badut . hahaha Dahsyat tak parents aku ? haha sebab kedahsyatan dorang tu la yang menjadikan aku seperti hari ini . Terima kasih , Mak Ayah dah didik Iin sesempurnanya :*

Alamak tersasar jauh dari topik asal . Takpelah tu je aku nak cakap kali nie , sorry kalau ada yang makin terasa . huhu Ini pendapat personal aku . Tak niat langsung nak jatuhkan or malukan sesiapa . 
Peace ^_^v !

Aku hanya keluarkan perkataan macam tu time gila-gila marah , tak percaya tanya Tara and Zai . huhu Korang sorry pasal  kes form 3 tu , ingatkan korang tahu pasal budak form 5 tu :\ huhu
Btw , aku pun ada belajar sial kat sekolah . Ada dalam buku lagi taw , tak percaya jumpa aku and aku tunjukkan sial yang aku belajar dalam subjek Geografi :D Kalau nak tahu jugak , sial tu atas sima . Sial & sima adalah antara lapisan yang terdapat di atas bumi . Kalau nak tahu lebih lanjut , belilah buku geografi tingkatan 4 ye kawan-kawan tak pun pinjam saya punya ;) Mai mai come to my home lepas habis paper Geografi . FOC saya bagi :P

Ingatlah , budi bahasa budaya kita & bahasa mencerminkan peribadi kita :) Berbahasalah sesuai dengan peribadimu .





P/s : Penggunaan kata ganti diri ' aku ' lebih sesuai dalam entry ini :)

Friday, November 11, 2011

11.11.11


Depan kamera berdiri kaku, 
bergambar dengan Ali Baba,
Adrina pergi baca buku,
SPM menjelang tiba.


Nak suruh aku baca buku , bagi aku sandar baik punye cam nie :P hahaha





P/s : Pantun tu sekadar peringatan untuk diri sendiri :)

Monday, November 7, 2011

Pelangi di Waktu Senja (PART 5)

          " Zizah , aku nak bertunang lepas habis belajar nie ... " Ayat pertama yang keluar dari mulut Warina setelah tiba di bawah pondok berbentuk cendawan itu.
          " Kau biar betul , Ina ! Kau serius ? Tak rasa macam cepat sangat ke ? " balas Azizah yang ternyata agak terkejut itu .
          " Betullah , aku dengan Shah dah berbincang pasal nie masa cuti sem hari tu . Cepat apanya , Shah tu umur dah lebih 25 tahun dah ada kerjaya sendiri . Aku nie je yang masih muda remaja hehe ," kata Warina diselangi gurauan .
          " Haha suka hati kaulah Warina . Aku doakan kebahagiaan kau dengan si Shah tu , nanti makan nasi minyak jangan lupa pulak ajak aku ! "
          " InsyaAllah , kalau jodoh panjang . "
          " Amminnn ~ " Azizah membalas pendek .

          Bila kau jauh aku selalu rindu , bila kau ada hatikan berbunga ... Kedengaran bunyi nada dering telefon bimbit Azizah dari dalam kocek baju kurungnya . Azizah segera mengangkat panggilan itu dan secara tak langsung pebualan mereka terhenti . Setelah beberapa ketika Azizah bingkas bangun dan memberi isyarat kepada Warina untuk pergi . Warina mengangguk kepala dan melihat kepergian Azizah melalui ekor matanya .
          Hatinya berbisik , " Mesti Mariam yang call tu ... " . Warina tersenyum kelat dan segara membuang pandangannya ke arah padang lapang yang terbentang luas di hadapannya itu . Jiwanya kosong . Fikirannya melayang mengingati pertemuannya dan Shah ...

          " Ina , tak sangka dah tiga tahun kita kenalkan ? Shah rasa nak akhiri hubungan kita dengan ... " Belum sempat Shah menghabiskan ayatnya Warina mencelah , " Shah nak putus ? " .
          " Bukan macam tu lah Ina , adoiii lain kali tunggu orang habis cakap dulu boleh ? Hahaha maksud Shah kita bertunang . " jelas Shah .
          " Tapi Ina belum habis belajar lagi ... "
          " Tengok tu , lagi sekali dia potong orang cakap . Sayang oii , kita tunggulah Ina habis belajar lepas tu bertunang lepas Ina dapat kerja kita kahwin ! hehe " , kata Shah sambil tersenyum kambing .
          " Nanti Ina bincang dengan Mak Wan dulu eh ? "
          " Mak Wan mesti setuju punya , Ina kan anak kesayangan dia . "
          " Haha pape lah awak ... " kata Warina sambil tersenyum bahagia . Betapa bahagianya dia mendengar kata-kata Shah itu . Sekurang-kuangnya dia tahu Shah serius dalam perhubungan mereka .
       




P/s : Nantikan sambungannya selepas saya habis SPM nanti ! :P

Saturday, November 5, 2011

New ♥

Assalamualaikum :)

Hey this is my new boyfriend . #Just kidding , takkanlah aku suka dekat kucing kott .



 Manja gila :)



 Gigi dia comel !


 Dia suka minum susu soya Drinho . haha 

Mak kita tak bagi bela binatang berbulu sebab ramai adik-beradik kita alah dengan bulu binatang & debu . Kita tak bela dia pun , kita bagi dia makan je . Dia duduk dekat rumah kosong sebelah rumah kita , kalau nak tengok kami dating datanglah sini ;) Kaki dia sebelah tempang , kesian :'|





P/s : Dia belum ada nama , sebab semua nama cadangan saya macam nama untuk kucing betina --'

Friday, November 4, 2011

Just for you ...

Assalamualaikum :)

Hari ini saya buat entry . Tapi khas untuk sayang saya , Tara Asrar :* agak private tapi tak larat pulak nak menaip banyak-banyak sebagai messages , nak call lagilah tak terkata pulak nanti . huhu

So , babe kalau you baca entry nie please text I mintak key tu okay ?


^_^


Wednesday, November 2, 2011

Assalamualaikum :)

Selamat malam burung hantu . Hari ini saya agak happy kott ;) takde stress langsung ! Hahaha nak tahu sebab apa ? Okay , teruskan membaca ... 

Tapi sebelum tu saya nak cerita pasal kemalangan atau nama omputih dia accident . Baru 10 minit tadi ada accident dekat simpang 4 berhampiran rumah saya . Lepas parking kereta tadi tiba-tiba dengar bunyi prettttt grenggrenggreng bushhhhh ! (bunyi enjin moto berlanggar dengan lori) . Bunyi dia tak boleh blah betul --' Actually bunyi dia lain , tak reti den nak translate ke typing language :P 

Rasanya dalam masa sebulan nie dah banyak sangat accident kat simpang 4 tu . Yang pasti lebih 5 (!) Ada motor kena langgar lari dengan teksi , kereta dengan kereta , Myvi dengan Pajero dan banyak lagi . Paling teruk orang yang naik motorlah , rasanya pinggang dia cedera sebab tak boleh bangun dah kena tunggu ambulans datang . Satu lagi kereta Myvi , bumper depan dia remuk beb ! Terbaik ah baru langgar belakang Pajero kott -,- Ishishish nasib baik orangnya tak de pape sangat . Cuma anak aunty tu menjerit-jerit , meraung-raung tengok Mummy dia (maybe Mummy dia cedera sikit) . Saya tengok dari jauh jep , huhu tak kuat semangat weyhhh ~

Sekarang nak bagitahu kenapa saya happy harini :) 
Saya happy sebab tadi lepas balik sekolah kitorang pergi McD ! Yeah tak plan pun , just kacau daun Farhan dengan Sofea hihik Actually dorang nak study Math so saya & Jami join sekali laa sampai pukul 4 . Lagipun dah lama tak makan kat dalam McD . Balik-balik Drive-Thru , sampai abang Drive-Thru tu pun dah bosan tengok muka budak comel nie . Hahaha perasan kejap .

Okay enough for tonight , belum solat Isyak lagi wooo ~ Tata , salam selamat hari Khamis dari saya ;)





P/s : Jangan lupa dengar Misteri Jam 12 !

Saturday, October 29, 2011

Pesta Buku di Angsana

Assalamualaikum :)

( Entri banyak gambar , tak suka jangan baca ! )

Dah lama tak pakai tudung bawalkan ?

Hai semua ! Hari nie saya jalan-jalan lagi tapi dengan mummy and akak pulak . Seperti yang dirancang oleh saya & mak , kitorang pergi Pesta Buku dekat Angsana . Saya paksa Mak pergi jugak sebab dia dah janji , dulu dia janji nak pergi library pun tak jadi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan :( So hari nie dia kenalah tunaikan janji dia tapi sebaliknya saya pulak yang tak jadi keluar pergi JTC dengan someone . It's okay , he's just my schoolmate and saya pun tak pernah janji dengan dia . Dia just ajak je mana tahu saya free hari nie :)

So , pagi tadi pukul 11 kitorang geraklah dari rumah . Just three of us , me , Mummy and sister . Bila sampai pelik jugaklah ada dua funtion untuk hujung minggu nie , Festival Filem (kalau tak silap) and Pesta Buku . Of course kitorang pergi Pesta buku sebab tu tujuan utami kami . Agak banyaklah buku , ada penerbit Karangkraf & Buku Prima . Yeahhhhh dekat booth Karangkraf best ! Ada permainan lagi you ~ I join tapi tak menang sebab dia suruh sepak bola masuk dalam lubang yang besar-besar bola tu jehhh :/ Kakak saya pun sama tak menang , Mummy saya hampir menang tapi tak de rezeki sebab tak cukup 1 dat kena dekat huruf SINAR . 





Rambang mata seyh nak pilih buku . Nasib baik saya ditegah , dicegah , dihalang daripada membeli novel / buku cerita sebab kalau beli memang sah-sah selagi tak habis baca satu kerja pun tak jadi . So , saya beli majalah je tapi bukan 1 , banyak . Ada buku Easy English untuk adik , komik Issabelle pun untuk adik , buku Mari Membaa untuk adik jugak & akhbar Sinar untuk orang yang lagi tua dari saya . Sebab saya tak rajin baca surat khabar , setakat baca online bolehlah :D For your information , kebanyakkan pembelian akan dapat hadiah . Bila kitorang beli , beli & beli tengok-tengok hadiah yang dapat pun banyak ... Macam-macam ado ~

Hadiah dia pelik-pelik , tak percaya tengok atas --' 
Paling best shawl free :)

Then pergi booth gambar , amik gambar ! Haa kitorang tinggal posing jek orang amik gambar . Tapi rugi sebab dapat 1 gambar je , yang lain tak . kalau bawa pendrive boleh amik semua gambar tadi :| Rugi-rugi RM 25 tuh ~ 



Korang nampak tak ? Saya nampak muka orang comel dalam majalah Keluarga :) Saya dah baca majalah tu , best ! Nak tengok muka depan majalah tu dengan lebih jelas ? 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/
Tadaaaaa !!!

(edited)

(original)

Inilah gambar over depan majalah yang berharga RM25 . Ada 1 je , yang lain tak dapat simpan sebab tak bawak pendrive :| Caption tu saya yang suruh editor tu letak Kasih Ibu Membawa ke Syurga :) And saya jugak yang paksa Mak ikut kami bergambar . Okay that's all for this entry . I should pen off . Tata :)





P/s : Good luck Terengganu for tonight match . 
Susur galur keturunan saya dari Terengganu , saya ore Pantai Timur :)

Friday, October 28, 2011

Last hang out before Ess Pii Emm

Assalamualaikum :)

Hey hey you you nak tahu tak ? Semalam saya hang out okay . Okay macam jakun , bukan jakun tapi memang dah lama tak pergi tengok movie last pergi dengan Tara masa bulan Jun , itupun kebetulan . Kalau nak baca kebetulan itu kliklah SINI :)

Saya pergi CS dengan Tara , Dba , Azlin , adik Azlin & adik Azlin lagi :) 


Saya tunggu bas dengan budak nie . Dia memang lagi tinggi dari saya tapi tahukah anda dia baru 13 tahun ? Ya , saya tahu saya pendek . 




Macam kembar tak ? See muka natural saya , no make up sebab tadi pagi dapat 20 minit je nak siap-siap :/ Orang tu siap pakai eyeliner :P




He's Azlin . Opssss ! SHE's Azlin :) Kawan lama , dulu satu sekolah sekarang dia dah pindah SMT Dungun , Terengganu . Ore Pantai Timur ler nie ...


Hari nie saya , Tara & Dba tengok cerita nie . Azlin & adik-adik dia tengok cerita Apa tengok-tengok .
Shit , tak boleh tengok Paranormal Activity 3 sebab tak cukup 18 . Phewwww ye ye je cakap nak check IC , padan muka abang hensem kena sound dengan Tara ha ha ha :P Cerita nie best dan lain dari yang lain . Tak percaya pergi tengok sendiri ...


Then tawaf satu CS , sampai Chamelon kitorang beli rantai sama-sama . Kesian Azlin and adik-adik dia kena layan kitorang yang memang suka window shopping . Kira okay lah sebab semalam kitorang belum jadi real girl . Kalau dah jadi memang tak laratlah dorang layan kerenah kitorang yang tak boleh nampak kedai-kedai comel .



Then pergi Plaza Seni , belum sempat naik tangga dorang dah nak balik :( It's okaylah lagipun dah petang . Kitorang patah balik CS , beli Chocolate Blog saya and then balik . Bas semalam dah uzur gila ! Tapi uzur-uzur dia pun saya sempat buat baik :D Dua kali dapat tempat duduk , 2 kali saya bagi makcik-makcik duduk . Kesian dorang , dahlah hujan then naik bas fullamakatak . Ntah kenapa semalam saya lagi suka berdiri . Mungkin sebab kaki cramp , penat berjalan ...
 Semalam sampai rumah pukul 7.45 malam , terlepas tengok Soffiya :/






P/s : Esok tak jadi pergi JTC .
Pfttt aku memang suka jual mahal dengan lelaki terlebih mesra alam macam kau (!)

Sunday, September 18, 2011

sekolahRAYA

Happy Sunday :)

At last , semalam berakhirlah sudah aktiviti beraya dengan budak-budak 5 Nilam ;) 19 rumah budak 5 Nilam berjaya diterjah oleh kami dalam tempoh 6 hari . Rumah budak bukan 5 Nilam pown kitorang terjah gak ^^

Ada 4 buah rumah kitorang terjah selepas balik sekolah atau dinamakan sebagai aktiviti SEKOLAHRAYA :D Well, inilah cara kitorang release tension masa trial .

Classmates, terima kasih sudi datang ke teratak saya yang tak seberapa nie :)
MamiAyah, terima kasih bagi pinjam kereta Unser untuk angkut kawan-kawan perempuan Iin :*
Diri sendiri, terima kasih dah gagahkan diri nak drive ke sana ke mari walaupun fobia awak ada lagi :)





p/s : Saya belum raya rumah besties tersayang :(
hmm tunggu korang habis trial eh ?

Saturday, August 6, 2011

Pelangi Di Waktu Senja (PART 4)

          Sebulan bercuti membuatkan Warina berat hati untuk kembali ke Melaka namun dikuatkan juga hatinya memandangkan itu adalah semester terakhir dia di sana . Seperti biasa , dia pulang ke Melaka bersama-sama Tahira . Perjalanan pada waktu pagi itu menyegarkan Warina , dia terpegun melihat keindahan dunia ciptaan Allah SWT . Di kiri dan kanan jalan terdapat pepohon hijau yang menyegarkan setiap mata yang melihatnya . 

          Setelah selesai menyelesaikan segala urusan , Warina segera mencari kelibat Azizah yang sudah lama tidak ditemuinya itu . Rasa rindu membuak-buak di dadanya . Lebih kurang 10 minit tidak menemui batang hidung Azizah , Warina pun menuju ke cafe untuk menikmati soya bean kegemarannya . Sedang asyik menghirup soya bean di dalam tin , tiba-tiba hinggap satu tepukan di bahunya . Habis tersembur segala isi minuman di dalam mulutnya .

          " Oh mak kau ! " latah Warina secara tidak sengaja .
          " Hahahahaha apalah kau nie , aku Azizah lah bukan Mak kau ! " sindir Azizah sambil ketawa terbahak-bahak tak cukup nafas .
          " Woi makcik , mana salam kau ? Tiba-tiba je sergah aku dari belakang , nasib baik takde orang duduk depan aku nie kalau tak habis make up dengan baju dia kena penangan soya bean aku nie . Ishishish , kau nie dari dulu tak berubah . Perangai tak serupa perempuan melayu terakhir . hahaha " balas Warina .
          " Yelaa , dah puas membebel ? Penat tahu tak aku cari kau dari tadi , last-last kat sini jugak kau ada . Eh , jum laa balik bilik . Banyak benda aku nak cerita lagipun aku tengok orang kat sini semua dah pandang kau semacam . Mesti dia orang gelakkan kau sebab melatah tadi . Hahaha . "
          " Erk , kau punya pasal lah nie . Okay jum kita pergi tempat biasa , telinga aku pown dah tak sabar nak dengar cerita kau yang dari dulu tak pernah nak habis . "

          Mereka berdua bergerak ke sebuah pondok yang terdapat di bawah satu pohon yang rendang . Di situ tempat kebiasaan mereka menghabiskan waktu jika ada masa lapang . Mereka jarang menghabiskan masa di bilik kerana mereka duduk di bilik yang berasingan dan mereka lebih selesa berkongsi cerita di tempat yang tenang serta jauh dari orang ramai . 





p/s : Maaf , semangat saya untuk meneruskan cereka ini kian pudar . Jalan cerita pown dah lari entah ke mana --'

Sunday, July 31, 2011

Kem ICT :)

 Happy Sunday bloggers :)
 

Tarikh : 29 & 30 Julai 2011
 Tempat : Savannah Hill, Ulu Tiram 
Peserta : Pelajar elit ICT daerah Pasir Gudang

Kem mata pelajaran terakhir untuk tahun ini mungkin ? Okay kem nie best , tak ramai macam Kem EA or Kem Penggawa Gemilang . Keseluruhan pelajar ICT yang join 57 orang kott tapi sekolah kitorang 7 orang je , saya , MeiQee , Syahidah , Sufi , Azila , Aliah dan Hafizah :) 

Yang tak best part dorm , err Dorm 1 tak best gila kott . Kalau boleh nak la bilik dekat banglo or at least Dorm 4 tapi apo nak dikato tak dapet ... Haha takpe lah at least ada jugak pengalaman sedorm dengan budak-budak sekolah lain kan ?

Kali nie punya kem saya bawa camera :D hee Banyak kott gambar yang disnap . Semua tempat menarik dah diterokai kecuali banglo :( Sobsobsobs Banglo budak lelaki punya penginapan , takkan nak terjah pulak semata-mata nak amik gambar kan ?




 





p/s : To view more picture , click HERE

Saturday, July 23, 2011

Hari Terbuka KFCH International College

Selamat malam dan salam 1Malaysia :)


Gahh , amik nie KFC sekotak dengan Ice lemon Tea sekotak :) Saya dapat benda free nie semalam masa join rombongan Hari Terbuka KFCH International College . Hari Terbuka tu bertujuan mempromosikan kolej KFCH plus ada taklimat kerjaya . So , pagi-pagi dah gerak dari sekolah and sampai lambat jugak sebab jauh kott . Kolej tu dekat Bandar Dato' Onn and kitorang pulak dari Masai . huhu sampai tertidur-tidur masa dalam perjalanan . 

Bila dah sampai kena register nama , ambil beg yang ada brochure KFCH International College and pergi dengar taklimat kerjaya . Saya tak duduk sebaris dengan budak sekolah saya sebab kerusi tak cukup so duduk sebelah budak sekolah lain laa . Goshh , nama je lelaki tapi mulut potpetpotpet mengalahkan pompuan --' Haha harapkan muka je lebih kott . Then lepas habis penceramah pertama bagi ucapan kami keluar nak cuci mata sekitar kawasan kolej tu . Paling best library dia lah , even though kosong and masih baru tapi memang lawalah :D Decoration dia memang superb ! ngee 


Puas cuci mata kami pergi cari makanan . Ingat kan takde jamuan so belilah apa yang ada , nuget and fishball and air oren cikgu belanja . Haha nie lah untungnya jalan sekali dengan cikgu , kalau mood baik dia belanja :D lalala ~


Then masa nak balik dapat pengumuman suruh guru pengiring ambil makanan tengahari :) KFC and air kotak dalam gambar atas sekali tuh .  Then balik sekolah and balik rumah macam biasa .





p/s : Kalau ada budak yang curi-curi amik gambar saya tu terbaca , jangan lupa bagi saya tengok gambar tu hehe
More pictures HERE :)

Sunday, July 17, 2011

Kem EA

Assalamualaikum and night :)

Lokasi : Savannah Hill , Ulu Tiram 
Masa : 15-16 Julai 2011
Penginapan : Dorm 4
Peserta : Pelajar elit Ekonomi Asas seluruh daerah Pasir Gudang 

Kem Ekonomi Asas nie tak banyak bezanya dengan Kem Penggawa Gemilang dulu cuma penyertaannya adalah pelajar seluruh parlimen Pasir Gudang :) Saya jumpa banyak orang , kawan baru dan kawan lama seperti Farhan and Firdaus (pembuli masa sekolah rendah) tapi bila terserempak saya buat-buat tak kenal . Hahaha lupa kawan !

Saya tak bawak camera :/ Handphone pown jadilah kan ? Tapi rasanya macam saya nie bukan lagi si gila lensa macam dulu kala . Perkembangan yang baik untuk seorang pelajar SPM kan :) haa amik nie gambar yang ada , sorry kalau blur malas nak edit . 

Fake lens ;)

Beg baju oren saya (Y)

Superb-classmates ILY


Front view of Savannah Hill 


Bored time 





p/s : Can't wait for the next camp ! :D

Wednesday, June 29, 2011

Pelangi Di Waktu Senja (PART 3)

          Hari demi hari silih berganti , akhirnya masa yang ditunggukan tiba . Cuti semester . Warina tidak sabar ingin pulang ke Johor Bahru untuk menemui Ibunya dan pujaan hati , Shahrul Fikri . Dia pulang ke Johor Bahru bersama-sama Tahira , rakan sekelasnya semenjak dari sekolah menengah . 
          Perjalanan yang mengambil masa berjam-jam sangat menggusarkan hatinya . Betapa dia merindui ibunya itu . Warina bukanlah berasal dari keluarga berada , dia hanyalah seorang anak yatim yang tinggal bersama-sama ibunya , Mak Wan . Mak Wan hanyalah seorang penenun kain songket dan hidup mereka ala kadar sahaja . Namun itu tidak menjadi penghalang baginya mencapai kejayaan , dia pernah ditawarkan belajar di Mesir selepas tamat STPM untuk menjadi ustazah tetapi tidak semudah itu baginya untuk meninggalkan ibunya keseorangan . Lantaran itu , dia hanya melanjutkan pelajaran di UiTM yang kosnya jauh lebih murah . Dia percaya di mana ada kemahuan , di situ ada jalan . InshaAllah jika dia belajar bersungguh-sungguh segala cita-citanya boleh dicapai dengan mudah .
           "Warina , bangun dah sampai JB nie . Kau nak tidur dalam kereta sampai bila ?"
           Warina tersedar dari tidurnya . Tidak sedar sudah sampai ke Johor Bahru . Dia segera mengambil beg dari bonet dan mengucapkan terima kasih kepada Tahira kerana sudi menumpangkannya pulang . Dia segera mengorak langkah menuju ke pintu utama rumah , salam diberikan dan beberapa minit kemudian keluar seorang wanita tua bersama segaris senyuman kebahagiaan . Warina cepat-cepat menyalami ibunya dan mereka berpelukan .
          "Ibu , Warina dah balik . Ibu sihat ?" soal Warina .
          "Ibu sihat-sihat begini sajalah . Biasalah orang tua . Dah jum kita masuk , ibu dah masak nasi dagang kegemaran kamu ", balas ibunya lembut sambil mengusap-usap kepala Warina .






p/s : Maaf jika lambat menyambung cerpen ini . I'm too busy lately .

Wednesday, June 22, 2011

Pelangi di Waktu Senja (PART 2)

          Warina segera membelek sampul surat itu , betapa dia tidak sabar untuk membaca isi kandungannya . Namun dia lagi tidak sabar untuk bertemu dengan si pengirim warkah berwarna biru itu . Hampir tiga tahun mereka menjalin perhubungan jarak jauh , seorang di Melaka seorang di Sabah . Tuntutan pelajaran dan pekerjaan memaksa mereka berjauhan namun masing-masing tetap setia , jujur dalam hubungan suci itu . Warina membuka warkah tersebut dengan berhati-hati dan cermat , tidak mahu mengoyakkannya kerana sudah terbiasa baginya menyimpan semua kenangan mereka di dalam kotak kecil berwarna merah jambu . Kotak itulah yang menjadi temannya di kala kesunyian ... Perlahan-lahan dia membaca sepatah demi sepatah ayat yang tertulis di dalam surat itu .

Warina ,
          Bertemu kembali kita di atas sehelai kertas kajang ini . Warina di sana apa khabar ? Shah harap Warina sihat-sihat hendaknya . Sudah hampir 6 bulan Shah tidak ketemu Warina dan Mak Wan . Shah harap kalian berdua sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT dari segala bala bencana .
          Shah masih seperti dulu , seorang guru yang merantau . Tiada yang istimewa di sini kerana cinta Shah tertinggal di Johor #hahaha Warina , pertengahan tahun nanti Shah akan pulang ke Johor dan Shah harap ketika itu pun Warina sedang bercuti semester agar dapat kita berjumpa seperti dahulu . Tak sabar rasanya ingin menghitung hari untuk pulang ke sana , Shah harap nanti Mak Wan tidak kisah Shah menginap di sana selama beberapa hari ...
          Sekian saja warkah Shah kali ini , jika ada masa lapang kita berutus surat lagi . Jaga diri di tempat orang dan belajar rajin-rajin nanti cepat kahwin #hehehe



Salam sayang ,
Shahrul Fikri


          Tenang hatinya setelah membaca warkah itu . Teringat saat-saat pertemuan mereka dahulu , ketika itu Shah bersama 2 orang rakannya menyewa di rumah ibunya . Shah , Amir dan Khairul adalah pelajar lepasan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim . Shah mengambil TESL begitu juga dua orang rakannya . Tetapi setelah tamat pengajiannya di sana dia telah dihantar bertugas mengajar di Sabah Neger di Bawah Bayu . Walaupun Shah menyewa di rumah ibunya , mereka tidak selalu berjumpa kerana Warina ialah seorang pelajar UiTM Melaka dan sangat jarang pulang ke Johor . Jika berkesempatan untuk berjumpa pun mereka hanya berjumpa di rumah , nama pun duduk satu bumbung tapi berlainan lantai . Khai dan Amir juga sudah mengetahui perhubungan mereka . Shah ialah seorang lelaki yang memahami , happy go lucky dan kecil molek . Setiap orang yang berdampingan dengannya pasti tidak akan kering gusi dengan lawak-lawaknya , tak mustahillah Warina boleh menyukainya sedangkan sepanjang 20 tahun dia tidak pernah berhubungan erat dengan mana-mana lelaki .

Tuesday, June 21, 2011

Pelangi di Waktu Senja (PART 1)

Sedang mengonlinekan diri , terbit perasaan ingin menulis cerpen . Saya akan terus menulis sehingga idea kering , maaf jika cerpen ini tiada penghujung seperti yang diharapkan . Pelangi di Waktu Senja bermaksud kebahagiaan yang muncul setelah seharian melalui hari yang panas terik , hujan & redup . Saya masih muda dalam bidang penulisan , segala salah silap dari segi bahasa mohon tunjuk ajar :) Terima kasih , enjoy my story .


_______________________________________________________________________________

          Toktoktok ! Bertalu-talu bunyi ketukan pintu . Warina yang baru tamat solat Isyak segera menuju ke pintu dan membuka pintu . Kelihatan Azizah dengan senyuman penuh makna . " Apasal lambat sangat kau buka pintu ? Penat tahu tak aku ketuk macam nak pecah pintu nie , " marah Azizah diikuti ketawa kecilnya . " Aku solat lah tadi , yang kau tak ada angin tak ada ribut kenapa tiba-tiba datang bilik aku ? Perang besar dengan Mariam ke ... " balas Warina sambil memerli Azizah yang sudah dikenalinya semenjak pertama kali datang ke UiTM Melaka tersebut . " Merepeklah kau , aku baru balik dari Guard Post nie ada surat untuk kau dari orang jauh hahaha Kau nak tak surat nie ? Ke nak suruh aku tolong bacakan ? " sambil mengipas-ngipaskan surat itu di depan Warina . Cepat-cepat Warina merampas surat itu dari tangan Azizah dengan senyuman simpul terukir manis di bibirnya . " Wee~ thanks Zie ! Lain kali tolong jadi posmen aku lagi ea . Weyy , aku dengar suara Mariam jerit panggil nama kau tu . Dah-dah pergi balik bilik kau Hahaha " . " Eleh kau , habis sepah madu dibuangkan . Merajuklah macam nie , tak nak bagi aku baca surat tu sekali ke ? Cepatlah buka , please ... " desak Azizah . " Dah-dah jangan mengada-ngada , nanti esok aku teman kau belajar dekat library eh ? Sekarang kau pergi balik bilik , mandi , solat apa semua , " pujuk Warina agar Azizah segera meninggalkan biliknya . Dia sudah tidak sabar untuk membaa isi kandungan surat itu . Azizah akur dan segera meninggalkannya sendirian .


Akan bersambung ...






p/s : Cerpen ini adalah ciptaan terpelihara Adrina Razali , tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau mati .