Friday, October 30, 2015

Oct. 5, 2015

Tadaaaa!!!
Come back with new entry. Ada dekat sebulan entri ni diperam kat draft sebab tuannya malas nak menaip plus upload photos pon dah ambil masa lama sebab gambarnya size besaq baq hang. 






Ayah, Emak terima kasih untuk semuanya. Kalau nak cerita satu2 besok pon belum tentu habis taip :)
Terima kasih jugak kepada kementerian pelajaran sebab bagi cuti kat sekolah kalau tak mesti dorang tak dapat hadir masa tu. Sayang emak ayah banyak banyak banyak sampai syurga! :*












Girls, I know sometimes I might be the most annoying among us. But thanks for accepting me as I am and thank a lotssss sbb share ilmu, assignment, project dengan ayee. Korang pon sometimes make me stress sbb banyak sangat ragam! Hahaha kosong-kosong okay. Tahniah korang sebab berjaya tamatkan diploma & tahniah sebab sambung UTHM sama-sama lagi. ;)








Hi, Adrina. 
Tahniah kepada diri sendiri harapnya lepas ni grad degree dapatlah first class ke dekan ke untuk kurangkan ptptn awak tu. Hahaha amiinnn! 
Now time to struggle in Bachelor of IT! Sat ja dah jadi pelajar tahun 2, next year dah PSM. Best of luck Edd! ;)


Wednesday, August 12, 2015

2

Throwback
Dinner InTech Batch 2012-2015

Some of the pictures. Some more will be our graduation day's pictures :*




















Thursday, June 11, 2015

Pengalaman Temuduga SPA

Assalamualaikum w.b.t & hai...

          Sebenarnya dari sebelum pukul 12 malam aku dah bukak tab New Post ni tapi tak mula menaip, ni dah dekat pukul 5 pagi baru nak menaip. Haa, puncanya nak kena siapkan laporan program khidmat komuniti TC dulu sebab esok dah nak kena submit. Ni bukan kes buat keje last minutes k, tapi banyak sangat komitmen lain hihi. Dalam kalut nak siapkan laporan tu sempat gak aku main game candy crush pastu ikut g ngeteh lewat malam hahahha :D

            Jadi kisahnya entri kali ni aku nak cerita serba sikit pengalaman pertama kali pergi temuduga SPA. Sape taktau SPA tu apa boleh la Google. Kisahnya awal bulan April tu aku dapat sms dari pihak SPA untuk temuduga online bagi jawatan Pembantu Tadbir P/O (Kerani & Operasi) Gred N17 sebelum layak untuk temuduga sebenar. Pada 13 April, 8.30 malam tu aku mulalah langakah pertama peperangan aku menjawab soalan-soalan temuduga online tu, macam-macam adoooo... Hahaha aku mengakulah masa tu aku cheat jugak sebab aku call family kat rumah mintak tolong bagi jawapan. Iye lah, soalan terlalu umum plus aku rasa masa tak mencukupi jadi dalam keterpaksaan aku relakan. Hahaha, alhamdulillah aku lulus temuduga online tu >_<

          Langkah seterusnya, aku tunggu je lah panggilan temuduga dari bulan April tu sampailah akhir bulan Mei. Lama jugak lah sampai keluar berita jawatan SPA akan dibekukan, masa tu aku ingat dah takde harapan dan aku dah redha anggap takde rezeki. Tiba-tiba lepas redha tu dapat pulak sms untuk panggilan temuduga. Aku takde la buat persediaan awal, persediaan aku semua sehari sebelum hahaha sampai baju pon kena pinjam kakak punya sebab aku ingat baju yang aku tempah berbulan sebelum tu sempat siap, sekali tak siap jugak.... :'(

Pakaian (perempuan sahaja): *Tips ni aku dapat dari pensyarah UTHM, dia pernah jadi setiausaha kerajaan :)

1. Pakaian berwarna bumi is the best, takmo striking2 (etc: Cream, Brown, Grey and Sea Blue!)
    - so aku pakai blue!
2. Perempuan berbaju kurung (sebaiknya plain), formal attire pon boleh tapi jangan berseluar!
    - aku pakai kurung moden, tapi baju plain tapi kain jalur biru hitam hahahha
3. Tudung bawal (plain), shawl pon boleh tapi takmo hijabster angat tawwww :p
    - aku pakai instant shawl dark blue, supposedly to be my shawl raya :D
4. Kasut bertutup dengan sedikit heels (penting!, dan sebaiknya berwarna hitam)
    - aku tak sempat beli, jadi pinjam kasut adik, bertutup, sedikit heels tapi tak plain hahahha
5. Beg tangan? i've no idea. Dan aku pon tak bawak beg masuk bilik, bawak fail je :)


Lain-lain:

1. Dokumen kasi lengkap, yang wajib tu jangan tinggal photostat satu pon.
    - Macam aku fail cuma ade sijil wajib sebab fail sijil koko aku tinggal kat hostel hmm :(
    - Ic, surat beranak, sijil spm, sijil berhenti (paling penting!) 
      Aku seminggu sebelum temuduga baru g buat gantian surat beranak hilang :(
    - Resume bergambar please jangan lupa buat & bawak! Aku malam tu baru sibuk buat :(
    - Asingkan dokumen original dan photostat.
      Original, letak dalam fail satu persatu, photostat susun ikut urutan dan staple
    - Kalau korang temuduga jawatan SPM, bawak je semua sijil spm tu...
    - Kalau ade diploma tak salah nak letak dlm resume & tunjuk sijil diploma
      Aku letak dlm fail & resume sekadar utk depa tahu. takde bg photostat sbb mohon jawatan SPM...
      Ade org kata, jangan tunjuk & bgtau atas sebab2 tertentu, tapi bg aku kalau ade rezeki ade je :)

2. Kedatangan:
    - Mohon datang awal sekurang2nya 15 minit
      untuk persiapan diri dan dokumen sbb org depa akan cek dokumen kita
      aku datang awal sejam tapi still kena menunggu 4 jam jugak :')
    - Kalau rasa tak boleh datang pada tarikh tersebut jangan diamkan diri
      Call asap/emel depa untuk tukar tarikh atau inform ketidakhadiran, they're just nice
      Kawan-kawan aku 2 orang tukar tarikh sbb masa tu takde kat negeri tu
 
3. Sebelum temuduga:
    - Buat research pasal jawatan korang
    - Isu semasa / kejadian sebelum atau selepas tarikh temuduga
    - buat research pasal pegawai & kementerian yang akan temuduga korang
    - Karang ayat perkenalkan diri supaya tak gagap dan ter'over' cerita
    - Baca doa penenang hati, aku tunggu 4 jam tu sempat habis 100 kali surat al-Fatiha, selawat, doa...
    - Girls, kalau dah tunggu lama2 jgn lupa touch up muka k. Nanti make up cair lagi buruk jadinya..

4. Sesi temuduga:
    - Sebelum masuk jangan lupa ketuk pintu 3 kali. Pastu bagi la salam ke apa.
    - Takyah bersalaman kalau dia tak hulur dulu, aku selamat sebab penemuduga dua2 lelaki hahahha
    - Dah masuk tunggu dia jemput duduk dulu baru duduk
    - Duduk sopan, tegak, kaki jangan bersilang!
    - Senyum simpul sepanjang sesi temuduga, jangan sengih overdose lak! hahaha

5. Soalan yang diajukan: *pengalaman aku
    - perkenalkan diri biar simple tapi padat
      Nama, asal (daerah & negeri), status, tahap pendidikan (kaitkan dgn jawatan)
    - Pengalaman kerja
      aku cerita pasal part time & masa LI sbb masa LI tu mmg ade kena mengena dgn jawatan ni
    - Soalan tak disangka: Apa jawatan yang awak datang untuk temuduga ni?
      I said it confidently! & the panel said I'm the only one who gave them full answer ;)
    - Skop pekerjaan
      Penemuduga banyak sangat tanya aku pasal kerja sebagai pembantu tadbir, failing step by step
    - Soalan kbkk, apa nak buat kalau fail hilang
      Soalan ni tricky sikit, hujung2 baru aku dapat bg dia jawapan yg dia nak
    - Integriti diri & kaitan dengan tugas kita
      Jawapan aku kepada soalan ni adalah kerjasama.
    - Isu semasa: Sapa nama agong? :')
      Haa, yg ni aku lupa tapi aku igt nama sultanah hahaha dah nak habis dia membebel sebab aku lupa tu baru aku ingat pastu bgtau dia sbb aku nak dia tau yang aku mmg tahu nama agong cuma blur seketika hehehe
    - Habis temuduga jangan lupa amik fail original & ucap terima kasih & letak harapan sikit :)

Pastu keluar dengan sopan santun, lupakan segalanya, tawakal & jalani kehidupan macam biasa sampai tarikh keputusan keluar baru risau k! Jadi macam saya... hahaha 
Btw, aku lupa nak bagitau yang aku tak ditanya langsung sekarang tgh buat ape.. hahaha risau gak kalau dia tau aku dah sambung degree.

Salam subuh semua :*





P/s: Tadi aku terjumpa orang tu kat Giant.
Dua kali.
 kbai.




Wednesday, May 13, 2015

Sesuatu yang berbeza...

Assalamualaikum :)

Kali ni terasa macam nak share sesuatu. Sesuatu yang buat aku sendiri rasa terpukul...
Aku bukanlah budak baik sebaik malaikat, tapi aku bersyukur sebab aku sedar sebelum terlambat. Tak jugak kata sekarang aku dah baik, tapi aku yang sekarang mungkin lebih elok dari yang dulu. Perangai pon senonoh sikit dari zaman budak-budak dulu. Ye la dulu tahu nak enjoy je kan... :)

Aku ada sorang kawan non-muslim. (not to mention the religion)
Kawan aku ni memang majoriti berkawan dengan kawan melayu-islam. Kawan sebilik dia pon orang islam.
Aku pulak jenis tak kisah berkawan dengan siapa, sebab dari zaman sekolah rendah pon mmg aku berkawan dengan non-muslim. Dekat Johor ni ramai dari Sabah, Sarawak, jiran pon Cina dan India.
Dan kawan aku ni pon bukan jenis memilih. Dia okay je bila berkawan dengan orang Islam, orang pakai tudung walaupun dia sorang antara kami yang lain pegangan agama.

Sepanjang aku berkawan dengan dia, tak pernah nampak dia ikut mana-mana upacara keagamaan dia... (bila balik rumah tak tahu la)
Jadi sepanjang berkawan dia memang selalu ikut kami ke mana-mana. Dia tak pernah mengeluh kalau kami singgah solat bila tengah-tengah berjalan, dia ikut je. Kadang-kadang kami yang rasa kesian sebab dia terpaksa ikut dan tunggu.
Maaf, mungkin ada yang terkejut kalau aku kata kami pernah/selalu bawak dia masuk bilik-bilik surau dekat universiti ni. Sini mmg banyak bilik solat yang tak ramai orang pada masa-masa tertentu... Kami cuma mengajak, tak paksa pon. Tu pon bila bukan waktu puncan solat dan bila takde orang lain dalam bilik tu sebab tahu nanti ada yang tak selesa sebab batas aurat dengan non-muslim kan seperti dengan bukan muhrim. Ada masa dia ikut, ada masa dia lagi selesa duduk kat tempat menunggu yang lain.
Boleh dikatakan dia ni dah tahu serba sedikit budaya orang Islam dan hukum hakam ajaran Islam.

Sampailah beberapa hari lepas aku terkejut bila dapat tahu dia 'double tap' satu video di ig - video anak Rita Rudaini mengaji.
Perkara tu normal kalau dia memang kaki 'double tap'.. Tapi bila tengok Post You've Liked dalam ig dia cuma ada 3 posts dia like. Dan dia juga bukanlah baru buat ig, sejak tahun lepas lagi.
Aku tengok dengan izin okay, sebab masa tu kami nak tengok balik video yang dia liked.
Bila tengok video orang mengaji tu mula rasa pelik sebab dia like, berdasarkan kapsyen mungkin aku boleh katakan dia suka dengar bacaan surah tersebut.
So aku let it go je la sebab memang tak dinafikan ayat-ayat suci Al-Quran tu memang halwa telinga yang paling indah.

Tapi harini aku terkejut sebab dia tiba-tiba tunjuk aku satu gambar....




Mula-mula aku tengok, aku terkejut. Tak sangka dia akan tunjuk aku gambar tu.
Dia kata, "Edd, tengok ni..."
Aku kata, "Aik.. Mana dapat ni? Huhuu"
Masa tu terkedu jugak sebab aku sendiri kadang-kadang amik ringan pasal pakaian, jadi tak tau nak jelaskan ape kat dia... :|

SubhanaAllah masa tu aku rasa macam dia dekat sangat dengan Islam.
Aku harap dia akan dapat hidayah jika memang takdir dia untuk mengenal dan mendalami Islam :')




P/s: Sebenarnya tadi aku tengah buat aktiviti dekat openlearning.com
Tapi sebab line lembab load video, jadi aku datang ke sini...
Kebetulan esok pon takde kelas. 
Hihi selamat malam ;)

Thursday, April 23, 2015

#tb



Sungguh. Aku rindu.

Rindu pada kenangan part time dekat Mcd.
Lagi-lagi bila dorang selalu tanya aku bila nak lepak sesama lagi.
Kat mcd plentong masa tu memang majoriti krew lelaki. Memang tak boleh nak elak la kan sebab crew trainer aku pon lelaki, Remy.
Lepas tu paling suka sakat aku masa first week nama dia Kiman. Ahaha, sakat saja mmg takde istilah cinlok kat sana atas sebab- "Krew tidak dibenarkan mempunyai sebarang hubungan .... dengan krew, atau pengurus" - Tapi ada je yang ada!
Makhluk paling annoying, aku rasa Helmy. Crew trainer jugak masa mula-mula aku masuk kerja, lepas tu naik jadi pengurus. Masa jadi pengurus lagi annoying. Paling tak ngam dengan dia kot.
Aku kat sana kiranya tak tua dan tak berapa nak muda sangat la. Masa tu 19, bawah aku ade Arab, Jebat, Kecik dengan Yani. Yani masuk selepas aku. Kecik pulak sama hari dengan aku, sebab dia shif pagi aku shif petang first day tu jadi dia kena mula dari lobi. Sedangkan aku masuk-masuk terus kawasan kaunter. Hihik ;)
Crew trainer paling baik bagi aku, Panjang. Dia yang ajar aku sebelum pergi kursus tu, dia pon banyak tolong aku masa mula-mula masuk kaunter sbb shift aku dengan Remy selalu tak sama.
Masa aku masuk tu sebenarnya aku sorang je full time crew perempuan. Kak Atin, Kak Ayu dengan Kak Azie part time je.
Krew lain yang lagi tua dari aku, Nohat, Wan Rabun, Amin dgn Azrul. Haa, kat sini ade sepasang kembar! Azizi dengan Azizan, haa dua ni sampai hujung kerja aku tak dapat bezakan dua-dua. Hahaha tapi aku rasa ade sorang yg macam baik sikit tp lagi sorang tu macam err tah la tak tau nak kata.. Tapi perangai je la kadang-kadang annoying sikit, dorang ni ada Diploma PIS dan perangai senonoh sikit dari yg lain tu muahahaha

Aku pernah jaga kaunter, kiosk dessert, kiosk dessert utama, lobi dgn kadang-kadang ade la jugak dorang ajar aku ape yang patut dekat kitchen tu mcm masak bubur dengan ayam goreng.
Sebab kerja sekejap je jadi kitchen aku masuk bila aku nak buat 'break' aku dengan sekadar suka-suka je.
Tu masa mula-mula dengan akhir-akhir je la sbb masa tengah-tengah tu kitorang buat hal jadi manager sangat marah dengan kitorang semua sampai urghhh (tak boleh pecah rahsia) :p

Kerja paling gila aku pernah buat bila aku join semua krew ponteng!
Dorang yg hasut aku sebab katanya kalau aku datang nanti aku sorang je kerja hukhuk
Masa hari ponteng tu la aku keluar dengan dorang. Pergi Daiman Bowl, Jusco Tebrau dengan malam tu g meeting tergempar bersama managerssss sebab tindakan kitorang ponteng beramai-ramai sampai takde pekerja.
Paling lawak dorang kata manager kena jaga kaunter, kitchen dgn semuanya HAHAHAHA!!
Start tu la aku selalu gak ikut dorang berjalan lepas kerja. Berbuka sama, shopping raya.
Banyak lagi benda nak cerita tapi malas nak taip. Simpan dlm hati, minda je la...
How i missed it :'(

Sampai sekarang baju ni ade lagi kat rumah. Huhu



I got it from Remy. Hahaha patut la dia suruh balik lambat malam tu rupanya ade sesi pembahagian teddy bear. Dia ni pun ade lagi sampai sekarang dkt rumah ^_^


They are kinda good friends, hope to reunite again :)



Sunday, April 12, 2015

Officially twenty-one :)

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... Sedar tak sedar dah 21 tahun dipinjamkan nyawa dekat dunia ini, macam-macam nikmat dah dikecapi. Semoga tahun kehadapannya makin banyak kebaikan dan kejayaan berjaya dikecapi. Semestinya jugak makin banyaklah dugaan mendatang... :)

Jadi tahun ni rasanya banyak peristiwa yang bakal dihadapi. Yang pastinya konvokesyen diploma! insyaAllah bulan Oktober ni. Walaupun result tak segempak mana tapi masih layak lagi unuk menggenggam skrol diploma tu. hihi tak sabarnye!!
Tahun ni jugak dah sambung degree. Alhamdulillah, tak sangka aku antara 30 org yang berjaya menempah tempat ke program Bachelor in IT utk kemasukan Februari haritu. Dan paling best, kesemua kami berlima dapat sambung belajar sama-sama jugak... ;)

 Dan yang terbaru aku dapat temuduga SPA. Yang ni tak sangka sangat-sangat... Sebab mohon masa praktikal haritu sbb risau takde kerja, ni tup-tup dapat masa dah sambung belajar. Ujian online dah lulus, lepas ni temuduga pulak. Harapnya takde aral melintang masa tu sbb teringin jugak nak ada pengalaman temuduga SPA kalau takde rezeki pon nanti hehehe 

Btw, i'm on midterm break! Tadaaaa! :D
No more teen in my age ;(

Saturday, March 14, 2015

Assalamualaikum w.b.t. :)

Being home is so good. After a few weeks spent time at hostel, now i can feel the freedom at my own place. Speedy wifi, big bed (for sure not double decker), air-cond, tv and so on... Enjoy it while you can! ;)

Alhamdulillah I've started my studies in Bachelor in IT since few weeks ago. Tbh, degree is much more challenging than diploma studies in every side. After all, I don't think being a diploma student makes me feels degree is easier. It just I already have the basic things in this field... But the subjects still hard to score and need more practice to understand it better. 

So far, I still can "hadam" all those new things... I also feel so happy because I can transfer for about 28 credits subject from my diploma result. At least, it will lessen the burden in my mind. :D

I hope i can get through this new lifestyle. I can achieve my dream and I can do better than during Diploma! in sya Allah :)

Thursday, February 12, 2015

Penantian Berakhir--

Assalamualaikum :)

Harini result rasmi untuk intake degree February dah keluar. 
Teringat balik saat-saat nak mohon. Masa tu aku konon-kononnya nak hantar borang sendiri dekat PPA. Padahal boleh je bagi soft copy dkt kawan-kawan yang LI kat UTHM...
Aku buat kerja boleh kata last minute gak la. Print borang, isi borang dan buat pengesahan. Kena pulak time tu aku taktahu nak sahkan kat mana sebab rumah ketua kampung aku nun jauh kat pedalaman (hahahaha yang ni tak tipu!) Rumah dia mmg kena lalu hutan! Nak mintak pengesahan dari bos Ayah macam tak sesuai pulak, Jadi pilihan yang ade kena pergi PPD je la.
Aku pergi PPD dgn Emak. Tapi macam kekok sikit la sebab jarang berurusan dgn dorang. At first okay, aku tunggu giliran kat kaunter pastu g unit yang diarahkan. Kat situ jumpa kerani tanya nak mintak pengesahan, dia pon terangkan dan suruh jumpa satu lagi orang. Sebelum habis urusan dengan kerani tu aku dah cakap "terima kasih, cik". Pastu blah g jumpa pegawai, cerita-cerita dia pon dah cop aku pon ucaplah "terima kasih" jugak sebelum keluar pintu. Masa kat luar akak kerani tu keluar g tegur, 

"Ooo tak cakap terima kasih pun kan?"
Ermm aku kan.. kalau benda aku buat mesti cepat, yakin dgn pantas je aku jawab,
"Eh, saya dah cakap la tadi sebelum jumpa Cik Pegawai tu"
Pastu kerani tu jawab,
"Oh ye ke?" Seraya dia masuk dalam balik.......
Masa tu aku tengok Emak, Emak tengok aku balik. hahahaha. Tapi mmg benganglah sbb aku ucap k. Aku mmg jarang sgt tak ucap ayat tu kalau berurusan dgn manusia. :( 

Paling menyedihkan masa hantar borang.... Aku pergi dengan Aliah hari terakhir hantar borang tu. Dah sampai broooo dekat PPA dalam UTHM tu. Pastu aku pergi seat belakang, nak amik fail utk hantar. 
Masa tu yang aku jumpa hanyalah fail sijil-sijil original! Segala bagai borang pengesahan boran opsyen salinan sijil semua takde!!!! :'( Ya Allah, masa tu perasaan aku tuhan je tau. Nak luluh jantung dari Masai sampai UTHM aku tak sedar aku tertinggal fail penting. Aku tarik nafas laju-laju pastu keluar dari UTHM... Aku pergi kedai printing kat Parit Raja. Aku photostat sijil-sijil aku print balik borang opsyen aku isi borang tu balik. Pastu aku pergi Kolej Bandar UTHM cari lecturer. Semuaaaaa takde. Mungkin rezeki, masa dah nak gerak tu aku nampak PA aku kat kereta, Cepat-cepat aku keluar balik jumpa dia. Tanya dia boleh sahkan tak, aku cerita la ape jadi.. Dia tanya aku stay mana, bila aku cakap JB dia terus mintak borang tu semua utk sign dgn cop. Syukur sangat masa tu.
Balik UTHM, Pergi PPA amik nombor giliran then hantar. Makan balik jb semula~

Jadi harini result keluar selepas beberapa bulan menunggu. Alhamdulillah, tapi aku tak buat penerimaan tawaran pun lagi sbb hati aku berbelah bagi... 15 Februari pon dah dekat sgt. Hmm :'(


Moga-moga malam ni aku dapat petunjuk nak sambung belajar ke tak.. Amiin~





Monday, February 9, 2015

Counting.......

Assalamualaikum...

Current mood: Berdebor-debor nak luluh jantung hati limpa

Tanggal 10 Feb 2015 tak pasti jam 10 pagi atau 2 ptg akan jadi penentu sama ada aku masih bergelar siswi atau tak. Kalau jadi siswi lagi biarlah sebagai siswi ijazah sarjana muda, tapi kalau tak biarlah jadi pemegang diploma. Maksudnya gua taknak ade repeat paper sebab result sem 6 & 7 belum keluar so insecure takut tersangkut kat memana 😫

Penah terlintas taknak sambung ijazah sbb takut dgn cabaran yg bakal dihadapi. Hmm tapi tipulah tak berharap nak dapat kemasukan ijazah bln 2 ni. Ye la dah penat2 tunggu result dkt sebulan duduk rumah tak buat ape-ape mestilah ade letak harapan nak sambung degree.... Tapi kalau dah takdir takde rezeki utk intake Feb ni nak buat camne kena siapkan resume la pasni. :)

Aku dgn rakan2 seperjuangan masa diploma dah buat keputusan. Kalau bln 2 tak dapat mmg kitorang tak nak sambung uthm lagi dah... PJJ atau u lain. Nak merajuk dgn uthm sbb dah buat org menunggu lepas tu taknak bagi masuk degree awal. Hahahaha

So, pada sape yang terbaca entry random ni, nak mohon tolong doakan me and my girlfriendsssss dapat intake degree on Feb. Jadi takde la jadi penanam anggur lama lama! Thanks :*

Sunday, January 11, 2015

Happy Friendship Anniversary, Babes :*

Assalamualaikum :)


Dedicated to: Mya, Tara, Ain, Sofea, Hamizah, Zalina <3

Girls, it's November! 

The month that we used to celebrate our friendship anniversary. As appreciation to one and another :*
Although we aren't as close as before, you girls still be my favorite girls. Thank you for standing by me through thick and thin. Sorry for being busy lately and sorry for all my mistakes.

Since 2007 until 2014 and insyaAllah till Jannah.














Sincerely, 
Adrina :)


Assalamualaikum...






Maybe I shouldn't tell her from the earlier. 
Maybe I should be a secretive person.
Maybe I shouldn't fall in love with you- 


full of regret...
:/