Pelangi di Waktu Senja (PART 2)

          Warina segera membelek sampul surat itu , betapa dia tidak sabar untuk membaca isi kandungannya . Namun dia lagi tidak sabar untuk bertemu dengan si pengirim warkah berwarna biru itu . Hampir tiga tahun mereka menjalin perhubungan jarak jauh , seorang di Melaka seorang di Sabah . Tuntutan pelajaran dan pekerjaan memaksa mereka berjauhan namun masing-masing tetap setia , jujur dalam hubungan suci itu . Warina membuka warkah tersebut dengan berhati-hati dan cermat , tidak mahu mengoyakkannya kerana sudah terbiasa baginya menyimpan semua kenangan mereka di dalam kotak kecil berwarna merah jambu . Kotak itulah yang menjadi temannya di kala kesunyian ... Perlahan-lahan dia membaca sepatah demi sepatah ayat yang tertulis di dalam surat itu .

Warina ,
          Bertemu kembali kita di atas sehelai kertas kajang ini . Warina di sana apa khabar ? Shah harap Warina sihat-sihat hendaknya . Sudah hampir 6 bulan Shah tidak ketemu Warina dan Mak Wan . Shah harap kalian berdua sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT dari segala bala bencana .
          Shah masih seperti dulu , seorang guru yang merantau . Tiada yang istimewa di sini kerana cinta Shah tertinggal di Johor #hahaha Warina , pertengahan tahun nanti Shah akan pulang ke Johor dan Shah harap ketika itu pun Warina sedang bercuti semester agar dapat kita berjumpa seperti dahulu . Tak sabar rasanya ingin menghitung hari untuk pulang ke sana , Shah harap nanti Mak Wan tidak kisah Shah menginap di sana selama beberapa hari ...
          Sekian saja warkah Shah kali ini , jika ada masa lapang kita berutus surat lagi . Jaga diri di tempat orang dan belajar rajin-rajin nanti cepat kahwin #hehehe



Salam sayang ,
Shahrul Fikri


          Tenang hatinya setelah membaca warkah itu . Teringat saat-saat pertemuan mereka dahulu , ketika itu Shah bersama 2 orang rakannya menyewa di rumah ibunya . Shah , Amir dan Khairul adalah pelajar lepasan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim . Shah mengambil TESL begitu juga dua orang rakannya . Tetapi setelah tamat pengajiannya di sana dia telah dihantar bertugas mengajar di Sabah Neger di Bawah Bayu . Walaupun Shah menyewa di rumah ibunya , mereka tidak selalu berjumpa kerana Warina ialah seorang pelajar UiTM Melaka dan sangat jarang pulang ke Johor . Jika berkesempatan untuk berjumpa pun mereka hanya berjumpa di rumah , nama pun duduk satu bumbung tapi berlainan lantai . Khai dan Amir juga sudah mengetahui perhubungan mereka . Shah ialah seorang lelaki yang memahami , happy go lucky dan kecil molek . Setiap orang yang berdampingan dengannya pasti tidak akan kering gusi dengan lawak-lawaknya , tak mustahillah Warina boleh menyukainya sedangkan sepanjang 20 tahun dia tidak pernah berhubungan erat dengan mana-mana lelaki .

Comments

Azi said…
x de sambungan ke ?
Adrina Razali said…
ade2 , tgh cri mse nk taip je hehe

Popular Posts