Pelangi Di Waktu Senja (PART 3)
Hari demi hari silih berganti , akhirnya masa yang ditunggukan tiba . Cuti semester . Warina tidak sabar ingin pulang ke Johor Bahru untuk menemui Ibunya dan pujaan hati , Shahrul Fikri . Dia pulang ke Johor Bahru bersama-sama Tahira , rakan sekelasnya semenjak dari sekolah menengah .
Perjalanan yang mengambil masa berjam-jam sangat menggusarkan hatinya . Betapa dia merindui ibunya itu . Warina bukanlah berasal dari keluarga berada , dia hanyalah seorang anak yatim yang tinggal bersama-sama ibunya , Mak Wan . Mak Wan hanyalah seorang penenun kain songket dan hidup mereka ala kadar sahaja . Namun itu tidak menjadi penghalang baginya mencapai kejayaan , dia pernah ditawarkan belajar di Mesir selepas tamat STPM untuk menjadi ustazah tetapi tidak semudah itu baginya untuk meninggalkan ibunya keseorangan . Lantaran itu , dia hanya melanjutkan pelajaran di UiTM yang kosnya jauh lebih murah . Dia percaya di mana ada kemahuan , di situ ada jalan . InshaAllah jika dia belajar bersungguh-sungguh segala cita-citanya boleh dicapai dengan mudah .
"Warina , bangun dah sampai JB nie . Kau nak tidur dalam kereta sampai bila ?"
Warina tersedar dari tidurnya . Tidak sedar sudah sampai ke Johor Bahru . Dia segera mengambil beg dari bonet dan mengucapkan terima kasih kepada Tahira kerana sudi menumpangkannya pulang . Dia segera mengorak langkah menuju ke pintu utama rumah , salam diberikan dan beberapa minit kemudian keluar seorang wanita tua bersama segaris senyuman kebahagiaan . Warina cepat-cepat menyalami ibunya dan mereka berpelukan .
"Ibu , Warina dah balik . Ibu sihat ?" soal Warina .
"Ibu sihat-sihat begini sajalah . Biasalah orang tua . Dah jum kita masuk , ibu dah masak nasi dagang kegemaran kamu ", balas ibunya lembut sambil mengusap-usap kepala Warina .

p/s : Maaf jika lambat menyambung cerpen ini . I'm too busy lately .
Comments
blogwalking... follow u.. follow me back.. ok.. tq!
btw,.pastuh?aduyy,..nak tunggu sampai episod 10,..jenuh nih==' hehe