Saturday, August 6, 2011

Pelangi Di Waktu Senja (PART 4)

          Sebulan bercuti membuatkan Warina berat hati untuk kembali ke Melaka namun dikuatkan juga hatinya memandangkan itu adalah semester terakhir dia di sana . Seperti biasa , dia pulang ke Melaka bersama-sama Tahira . Perjalanan pada waktu pagi itu menyegarkan Warina , dia terpegun melihat keindahan dunia ciptaan Allah SWT . Di kiri dan kanan jalan terdapat pepohon hijau yang menyegarkan setiap mata yang melihatnya . 

          Setelah selesai menyelesaikan segala urusan , Warina segera mencari kelibat Azizah yang sudah lama tidak ditemuinya itu . Rasa rindu membuak-buak di dadanya . Lebih kurang 10 minit tidak menemui batang hidung Azizah , Warina pun menuju ke cafe untuk menikmati soya bean kegemarannya . Sedang asyik menghirup soya bean di dalam tin , tiba-tiba hinggap satu tepukan di bahunya . Habis tersembur segala isi minuman di dalam mulutnya .

          " Oh mak kau ! " latah Warina secara tidak sengaja .
          " Hahahahaha apalah kau nie , aku Azizah lah bukan Mak kau ! " sindir Azizah sambil ketawa terbahak-bahak tak cukup nafas .
          " Woi makcik , mana salam kau ? Tiba-tiba je sergah aku dari belakang , nasib baik takde orang duduk depan aku nie kalau tak habis make up dengan baju dia kena penangan soya bean aku nie . Ishishish , kau nie dari dulu tak berubah . Perangai tak serupa perempuan melayu terakhir . hahaha " balas Warina .
          " Yelaa , dah puas membebel ? Penat tahu tak aku cari kau dari tadi , last-last kat sini jugak kau ada . Eh , jum laa balik bilik . Banyak benda aku nak cerita lagipun aku tengok orang kat sini semua dah pandang kau semacam . Mesti dia orang gelakkan kau sebab melatah tadi . Hahaha . "
          " Erk , kau punya pasal lah nie . Okay jum kita pergi tempat biasa , telinga aku pown dah tak sabar nak dengar cerita kau yang dari dulu tak pernah nak habis . "

          Mereka berdua bergerak ke sebuah pondok yang terdapat di bawah satu pohon yang rendang . Di situ tempat kebiasaan mereka menghabiskan waktu jika ada masa lapang . Mereka jarang menghabiskan masa di bilik kerana mereka duduk di bilik yang berasingan dan mereka lebih selesa berkongsi cerita di tempat yang tenang serta jauh dari orang ramai . 





p/s : Maaf , semangat saya untuk meneruskan cereka ini kian pudar . Jalan cerita pown dah lari entah ke mana --'

No comments:

Teh Beng Punya Pasal

Source: Google Image Hai, I'm back! Kali ni nak cerita pengalaman masa balik kampung raya haji lepas. Kiranya ni balik kampun...