Teh Beng Punya Pasal
Source: Google Image Hai, I'm back! Kali ni nak cerita pengalaman masa balik kampung raya haji lepas. Kiranya ni balik kampung sekali bercuti la sebab kami ni jarang sangat sangat balik kampung emak belah Pantai Timur ni sebab arwah Atok (baca: nenek) dah jadi pemastautin dekat Johor selepas emak lahir. Ada satu pengalaman yang tak boleh lupa masa kat sana, pengalaman berkaitan perbezaan loghat orang kat Malaysia ni. Malaysia ni bukan setakat berbilang kaum dan bangsa tapi berbilang loghat pun berbilang-bilang juga. Sampai kadang-kadang rasa macam loghat ni jadi punca masalah komunikasi pulak dah... Ceritanya hari terakhir kami kat sana, kami sekeluarga pergi breakfast dekat satu port makan ni, tak tahu nama tempat ni tapi lokasi dia betul-betul bawah jambatan. Kami pergi agak lambat jadi makanan pun banyak dah habis.. Tempat makan tu jenis layan diri, yang mana korang kena amik makanan dkt tempat makanan lepas tu satu pekerja dia akan datang kat sorang-sorang tanya ...